search

Friday 23 December 2011

~Hey Masalah~

Alahai masalah...huhh,,banyak sangat masalah sekarang nieh..merungut pun xguna...dulu2 kawan aku penah cakap yang x baekk ooo kalu mengeluh,,kiranya macam teruk sangat la masalah tuh..lepas pada tu bila nak ngeluh ja terus teringat balik kata-kata kawan aku tuh..ada betolnya dan memang betol pun..watpa nak mengeluh,,dalam hidup nieh semua orang ada masalah, xkira la berat atau x masalah tu,, ia tetap masalah...Allah beri kita masalah sebab dia sayangkan kita..kiranya ujian la...Allah tu baek..Dia x uji kalu kita x mampu nak lalui.. bukan macam ujian dalam exam tuh, xmampu pun kena uji jugak... So, kena fikir satu ja, setiap masalah ada penyelesaiannya dan ada hikmahnya...konsep ni memang aku genggam kuat2 lahh...bila ada masalah jangan terus merungut,,chilll suda.. ada apa dengan masalah?? hey masalahh! aku ada ALLAH YANG MAHA BESAR laaa,,kau tuu KECIKK jaa... haaa,,sekarang nampak tak sapa besar sapa kecik?? watpa nak runsing2 dengan masalah kecik tuh,,kita ada Allah la, Dia lagi besar la...DIA ada tuh nak tolong kita..so jangan takut2 ngan masalah okey...chillll....smilee.. :-) *tadah tangan, mintak pertolongan Allah*

Sunday 11 December 2011

~Gerhana Bulan Penuh~

Salam...
10/12/11.....berlakunya gerhana bulan penuh..bila bumi, bulan dan matahari berada dalam keadaan selari,,jadilah gerhana bulan ni..waktu kecik dulu, selalu dengar orang cakap gerhana bulan ni jadi sebab matahari makan bulan, jadinya bulan pun sakit la, sebab tu jadi merah2 camtuh..hahaha,,mitos nak bagi budak2 senang paham agaknya....ramai gila orang datang Planetarium Negara nak cerap bulan ni haa...subhanallah cantik sungguh ciptaan Allah nieh kan...lagi cantik kalu wat solat sunat gerhana kan..ramai jugak org solat gerhana dkt Masjid Negara.

Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

okay,, ni antara gambo2 yg diambil kat sana,,tp bkn direct capture la, through skrin teleskop ja....;-)











wassalam..sesungguhnya ciptaan Allah itu tiada tandingannya...;-)

Thursday 20 October 2011

~Alahaiii Mata~



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa itu illusi mata?? tak tahu?? sila search google...I just wanna tell u that jgn mudah tertipu dengan mata anda.. Maksudnya jangan mudah tertipu dengan apa yang anda lihat. Mata ni Allah cipta cukup hebat, byk kegunaannya, tp kita jgn pula salah guna. Orang cakap dari mata turun ke hati, tapi sebelum nak turun ke hati tu kena la pandai2 beza apa yang kita nampak secara zahir tuh adakah ia sama dengan batinnya. Mata ni mudah sangat menipu kita dan kita pun tertipu. Don't judge a book by its cover la omputih ckp.
Gambar2 kat bawah ni la yang dinamakan ilusi mata,haa jom test mata masing2,,hebat tak hebatt..



 ada nampak tak titik kelabu dalam gambar nieh?? kalu nmpak tu masalah la,,,xda warna kelabu pun dlm pic nieh..heheh


adakah garisan kedua2gambar tersebut lurus??lurus  or bengkok erkk??sebenarnyaa LURUSSS.....



sila fokuskan mata anda di titik tengah, kelihatan  titik pink bergerak mengililingi titik tengah,,teruskan perhatian..................apa yang anda nampak?? mana datangnya warna ijau tu n mna peginya pink2 tersebut??


gambar  ni pun sama kes macam gambar kat atas,,mna ilangnya warna-warni tuh? can anyone explain it??




 pic sebelah ni kelihatan bergerak2..padahal tak bergerak pun...cuba fokus pada satu titik sahaja..tenung lama2 n taraaaa,,,pic ni dh berhenti bergerakk...;p


adakah garis pada pic di bawah sama panjang????



ada 5 rusa dalam rajah dibawah..lets find it...;-)



siapa dapat cari 11wajah dalam pic nieh,,meh cni aq nak pinjam mata dya..;p



sini pulak ada 7ekor kuda...aku dh jumpa dahh...;)



orang cakap ada seekor kucing dalam pic nieh..heehhhh! tipu ka hape??xnmpakk punnn..



macam mana mau pakai ini cincinn???downnn




try baca warna perkataan tersebut,,bukan baca tulisannya..baca laju2 taw...;-)


last but not least,,try this..tenung titik tengah tu dalam 10saat,,fokus btoi2,,lupakan masa depan sekejap,,then,tgk kat dinding....u can see the image oh this pic..;p



ilusi kat bawah ni aku plg suka..camna leyh jadi cmtu??alahaii mataa...
pic kat bawah ni nampak pompuan menari mngikut arah jam, betol tak?
 tp cuba bg perhatian lebih pada kakinya, arah putaran tersebut akan bertukar mngikut arah lawan jam.. aigooo.....;-)


Selamat mencuba rakan-rakan...sekarang dah nampak kan yang mata kita ni yg selalu menipu kita,,so lepas ni jangan percaya sgt pada benda yang kita nampak,, ilusi ja smua tuh..heheh...

contohnya:
cik long kaki gosip : weyh, mamat, ang taw dak aku nmpak bini ang dating ngn laki mna ntah td,,ishh3.
abg long dil : yaka weyh??xpa la,,sok aku cerai  ngn dya..

 p/s: abg long ni jgn nk prcya sgt la..cik long kaki gosip tu kena tipu ngan mata dya sendiri,,,so diharapkan abg long dil siasat betol2 dlu k...sekian, wassalam..;-)

Thursday 13 October 2011

~Quotes Of Life~

How to motivate ur ownself?? Banyak cara yang boleh kita guna untuk recovered diri yang kononya down lah.. masing2 punya style kan...aku punya style kalu kononya nk naekkan semangat nieh,,i just read the motivated quote...hehe...google jah,,byk quote dlm tuh,,xperlu la nk pegi jmpa pakar motivasi...kalu nk jumpa pun ok jugak,,tp kalu hari2 tension cmna??xkan nk pegi jmpa hari2 kot...sket2 tension, sket2 tension..wat asgment xreti jah tension,,nk mandy tp org ramaii, tensionn...buzz kt ym kwn,,kwn xreply,tensionn...nmpk org bisik2,,tensionn kononya bisik2 pasal kita..For me,,xpayah nk tension2 sangat,, senyum2 jah...kalu rasa down tu citer la kt kwn,,tp kawan pun kdg2 byk keja laen lagi dr nk dgr citer kita tueh...kdg tuh pura2 dgr jah sedangkan dalam hati tengah menggayakan 'tgn dibahu mata pandang atas',,mana kita tahu kan??...hehe...baca quote pun boleyh menaikkan semangat kita jugak..ce try bca...kalu xbrsemangat jugak xpelah,,wt la apa2 yang patot,,jgn nk maen terjun2 bangunan pulak..bengong nmanya tuh...;-)














Wednesday 12 October 2011

~Ohh lidah~

Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut mulut diam.. Eh,kalau dikurniakan mulut, ditambah pulak dengan kurniaan suara kenapa nak diam..cakap lah kan...Bukan susah pun nak bercakap kan,,tapi sebab bukan susah tu la yang akan menyusahkan diri..bercakap memang mudah,,tapi bercakap jangan sebarang cakap, kelak binasa diri.. sebelum nak bercakap tu kena jugak fikir kesan baik buruknya..jangan sampai ada yang terasa hati..kalau orang dah terasa hati dengan kita ni susah..boleh ja nak mintak maaf,,tp still terkesan kan.jadi, kalau boleh jgn la sampai sakitkan hati org..tp nak wat camna,, kita pn manusia jugak,mesti la tak lari dr kesilapan kan. Hmm, ni bukan la nak nasihat or what, just nak cakap ja,,kalau boleh kita jangan la nk ckp2 belakang pasal org laen,,xsuka itu la ini lah..kenapa??semua org suka anda erk?? kita kena la ingat, tak semua orang suka kita kan.. kalu kita xsuka pasal seseorang tu pun,,xperlu la nak pegi cerita kat org laen, knapa x direct ja gtaw org tuh..kita kena percaya pada karma..sekarang kita ckp buruk org,,tp xmustahil org pun akan ckp buruk kita..kdg2 kata2 tu yang akan menunjukkan diri kita sebenarnya..lidah ni tak bertulang,sbb tu kdg2 ckp sesedap rsa ja kan..tp kita ada akal,,boleyh beza baek buruk sebelum nk keluarkan kata-kata tuh..jangan disebabkan lidah, ada hati yang disakiti..
renung-renungkan dan selamat beramal...wallahhualam...

Wednesday 28 September 2011

~Convocation~

Happy and excited seeing the senior who done their study and hold the scroll. Feeling like wahhhh,,I wanna be like them soon. Insyaallah, I will be graduated and hold my physics’s scroll next year. For sure it is the big present for my parents who send me to the university. Just ONE year!! But one year = two sem..  it’s not the short time I thought. So many obstacle+difficult subject+tesis should be done...Errghh,,it not the easy way for me to handle it, but I should be strong and follow the flow. A lot of people want a shortcut. I find the best shortcut is the long way, which is basically two words: work hard. And I know God won't give me anything I can't handle. Believe it !!!

Friday 23 September 2011

~Dialog Cinta Fizi n Mia~




Fizi(K) : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. 

(Ki)Mia: Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Fizi(K) : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
(Ki)Mia: Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Fizi(K) : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
(Ki)Mia : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
 Fizi(K) : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
(Ki)Mia : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Fizi(K) : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
(Ki)Mia : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Fizi(K): Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

(Ki)Mia: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Fizi(K): Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
(Ki)Mia: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Fizi(K): Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
(Ki)Mia: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?
Fizi(K): Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
(Ki)Mia: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Fizi(K): Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
(Ki)Mia: Tapi, imanku adalah infiniti!
Fizi(K): Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6×10^23
(Ki)Mia: Huhhh!!Kau jangan membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Fizi(K): Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
(Ki)Mia: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
"Biarkan aku sendirian… … .. ”



~Mukjizat Azan~


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wednesday 14 September 2011

~cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!(kerana Islam itu sempurna)~


Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu......ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya

Thursday 8 September 2011

~Merdekakah kita~


Termenung aku sendiri memikirkan nasib dunia kini. Mungkin aku hanya insan biasa yang bergelar manusia. Namun aku yakin aku bukan seperti mereka. Mereka yang terlupa akan kuasa-Nya. Mereka yang kejam sesama manusia. Mereka yang hatinya telah buta. Mereka yang lupa nikmat yang Esa. Mereka yang senang melihat orang lain terseksa. Atau mereka tenggelam dalam mainan dunia. Ya! Aku masih mampu membezakan baik buruk perlakuan walau aku insan tak sempurna. Hatiku tertanya. Merdekakah kita? Jika YA, mana buktinya? Mungkin negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 1957 dahulu. Tapi tidak bagi kita. Kita masih dijajah oleh perasaan yang mengikut nafsu itu. Saban hari, ada saja berita di dada akhbar yang merobek hati menyentap jiwa. Tidak keterlaluan untuk aku katakan bahawa dunia ini tidak selamat. Dunia kini terancam oleh kekejaman penghuninya sendiri. Penghuni yang tersasar dari matlamat hidup sebenar. Yang sedihnya, penghuni itu bergelar manusia. Manusia yang punya akal sebagai perbandingan antara haiwan. Tidak tercapai akal ini memikirkan bagaimana seorang anak sanggup menetak mati mak ayah yang telah banyak berjasa dalam membesarkan si anak? Bagaimana tergamak seorang bapa sanggup merogol anak yang menjadi tanggungjawab si bapa menjaga kebajikan anak tersebut? Bagaimana seorang manusia tergamak menyimbah asid pada manusia lain demi memuaskan hati mereka? Terfikirkah mereka akan hati dan perasaan bayi yang mereka buang di tong-tong sampah? Berdosakah bayi tersebut? Kenapa anak yang tak berdosa itu menjadi mangsa di atas perbuatan ayah dan ibunya? Tidak layakkah mereka merasa sedikit kebahagian di dunia ini? Dan pelbagai lagi rencah kezaliman manusia di bumi ini bermain di fikiran. Dimanakah silapnya? Mengapa itu semua berlaku di dalam dunia moden yang makin rancak membangun kini? Adakah silap ibu bapa yang kurang memberi didikan kepada si anak? Apakah yang mengaburi mata pesalah sehingga sanggup melakukan hal sedemikian? Sedarkan mereka bahawa ia menyebabkan penderitaan ke atas kehidupan manusia lain? Merdekakah kita dengan adanya gejala tersebut? Renung-renungkan dan selamat beramal, dengan pesanan, ‘Jangan salahkan ibu mengandung, tapi salahkan badan yang tak tahu diuntung.’

Tuesday 6 September 2011

'Kamu'


Kamu,
Mengapa dirimu datang,
Menjadi tetamu tak diundang,
Dikala namamu terhakis difikiran,
Melayang hilang diingatan.

Kamu,
Di mana kamu selama ini,
Di saat wajahmu masih dihati,
Ketika hati masih mengharap,
Walau bicara tak terungkap.

Kamu,
Tanpa ku duga,
Dirimu menjelma,
Menghulur salam menyapa khabar,
Hati ini lantas berdebar,
Mengingat kenangan yang kian pudar.

Kamu,
Andainya dirimu tahu,
Hati ini gembira dikala itu,
Mengenang kembali nostalgia lama,
Yang mungkin dirimu lupa.

Kamu,
Kamu hadir tika itu,
Menabur bunga dihatiku,
Sejambak rasa kamu luahkan,
Bicara manismu aku telan,
Dan kepercayaan dipertaruhkan.

Kamu,
Mungkinkah aku alpa?
Mengharapkan dirimu lupa sengketa lama,
Mungkinkah aku lemah?
Membuka hatiku untuk diratah,
Atau,
Mungkinkah aku bodoh?
Memikirkan dirimu sebagai jodoh.

Kamu,
Kamu datang bila jiwamu kekosongan,
Kamu hadir bila hatimu kesakitan,
Kamu menjelma bila langkahmu kebuntuan,
Dan,
Kamu kemari bila dirimu kekusutan.

Namun,
Kamu berlalu bila dirimu bahagia,
Bersama kehidupan yang lebih bercahaya,
Mungkin si dia lebih berharga,
Kamu pergi bila jiwamu terisi,
Tanpa jejak untuk diikuti,
Seolah aku insan tak berhati.

Ketahuilah wahai ‘kamu’,
Aku ini bukan barang mainan,
Yang bisa kamu ambil bila diperlukan,
Yang bisa dibuang bila tak digunakan,
Aku ini cuma insan biasa,
Yang punya hati dan rasa.

Kamu,
Berdendamkah kamu terhadap diri ini,
Sehingga begitu aku diuji,
Bahagiakah kamu dengan caramu?
Gembirakah perlakukan aku begitu?

Kamu,
Tidak layak aku persoalkan,
Segala perlakuan dan perbuatan,
Ku tahu aku punca permasalahan,
Yang kerap kali kamu luahkan.

Kamu,
Hati ini tidak tertahan,
Walau dipinta beribu keampunan,
Walau kucerita sejuta kebenaran.
Tetap saja diriku dipersalahkan.

Kamu,
Ketahuilah,
Diri ini bukan penat,
Tapi diri ini tidak kuat,
Melayan kamu seikhlas rasa,
Akhirnya hatiku yang merana.

Kamu,
Pergilah dari hati ini,
Jangan kamu kembali lagi,
Jika datangnya hanya sementara,
Yang membuat hatiku terluka.

Kamu,
Aku doakan kamu bahagia,
Bersama insan teristimewa,
Juga sejahtera bersama keluarga,
Capailah cita-citamu,
Lupakanlah diriku,
Kerana aku kenangan lalu,





Friday 26 August 2011

~Mengapa Bersedih~

“Sedihnya aku….masih tak de couple,” hatimu mengeluh sayu mengenangkan nasib malangmu. Mereka bercerita lagi tentang pasangan mereka masing-masing. Teman-temanmu itu membuatkan kau rimas dengan pertanyaan bila pula engkau akan jadi seperti mereka. Tiba-tiba hatimu menjadi panas. Maraknya seperti api yang disimbah dengan minyak. Tidak patut mereka mengatakan yang kau perempuan tak laku!!! “Mengapa jadi begini?” Kau pun keliru. “Mengapa dengan aku? Buruk sangatkah aku? Tidak menarik langsungkah perwatakkanku? Mengapa hatiku tidak diketuk oleh seorang lelaki pun?” Dikau sedih, dikau kecewa, dikau terus terpinggir, dikau terus tenggelam oleh rasa rendah diri…kau terus meraih simpati. Kau berusaha untuk mencari cinta suci, kau berjuang seorang diri.
Sahabatku…mengapa bersedih? Bukan kau seorang saja yang merasa begitu, malahan ramai lagi mereka yang senasib denganmu. Tentu sudah jenuh engkau mengukur diri, di mana kekurangan dan kelemahan. Mengapa tiada seorang jejaka pun yang ingin mencuri hatimu. Bertenang sahabatku….bertenanglah….. cuba kau duduk seorang diri dan renungilah kata-kata ini……
Sahabatku….Siapa yang kata engkau tidak cantik? Siapa yang kata engkau tidak menarik? Siapa yang berani mengatakan engkau tidak laku?? Sejauh mana mereka dapat menilai harga dirimu????? Sahabatku….sudah puas engkau berlari untuk mendapatkan cinta suci itu…Sudah dalam engkau selami lautan untuk mencari mutiara harga cintamu. Sudah lama engkau menunggu mereka yang sudi menerimamu. Mungkin juga sudah berulangkali kau menawarkan diri untuk mengisi jantung si  buah hatimu. Sudahlah…….sudahlah sahabatku….cukuplahhh….beristigfarlah… Cuba fikir kembali apa tujuannya semua yang kau hajati ini. Untuk membuktikan kepada teman-temanmu? Untuk memenuhi nafsumu? Untuk berfoya-foya menghabiskan usia remajamu? Sedarlah bahawa Allah sedang menyelamatkanmu sahabat. Menyelamatkanmu dari lembah kehinaan-Nya. Dia mahu engkau mencari cinta-Nya dahulu dan selamanya. Cuba kau lihat insan lain yang hatinya sudah terpaut dengan cinta manusia yang tidak halal baginya. Sejauh mana mereka mampu mencari cinta tuhannya pula? Kuatkah imanmu untuk menjalinkan hubungan yang tidak pasti dengan lelaki-lelaki yang penuh muslihat itu? Sedangkan yang lain ramai yang sudah tersungkur…kononya bercinta kerana Illahi tetapi cinta yang suci itu telah dinodai dengan maksiat mata dan hati.
Sebenarnya sahabatku, harga dirimu sangat tinggi. Sekiranya engkau terus menjaga diri, sesuai dengan syariat agama ini, Auratmu dihijad dengan sempurna, Kau rela bersabar membiarkan nafsumu terkurung, Maruahlah yang paling kau pelihara sebagai seorang mukminah sejati, Kau tidak pernah memberi peluang  kepada lelaki untuk merendah-rendahkan harga dirimu,…ketika itulah harga dirimu akan melambung tinggi kerana kau hanya dinilai oleh lelaki-lelaki yang benar-benar mengerti nilai harga diri seorang perempuan sepertimu.
Yakinlah sahabatku….andai tiba masanya akan Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidupmu nanti…. Sebagai seorang suami yang benar-benar menyayangimu, yang benar-benar akan melindungimu, yang benar-benar akan memimpinmu kearah kehidupan yang lebih diberkati kerana cinta itulah cinta kerana Illahi. Jodoh itu merupakan ketentuan Illahi. Jangan kau bimbang..  Percaya sajalah pada janji Allah yang amat pasti.
"wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" (surah An-nur : 26) 

Thursday 25 August 2011

~Sejarah Tak Mungkin Berulang~::Part 5::

Kesan daripada makan banyak, lemak di badan pun banyak. Bagi menguruskan kembali badan  yang tidak pernah mahu kurus, Debab mengajak rakannya berjoging. Bagi tidak menghampakan semangat Debab yang berkobar-kobar itu, Bulat dan Tembun mengikut sahaja. Suatu petang yang hening, maka berjoginglah mereka bersama-sama. Kak Erin di depan bilik pun turut serta. Tanpa sebarang warm up, mereka berlari mengelilingi padang yang boleh tahan besarnya. Orang yang bersemangat sekali tentunya si Debab, dia paling hadapan. Akhirnya mereka Berjaya menghabiskan 5 kali pusingan padang. Selepas itu, lenguh-lenguh mula menghinggapi badan mereka, kaki pula sakit-sakit. Yelah, sudah berapa bulan/tahun tidak berlari, tiba-tiba berjoging penuh perasaan tanpa sebarang warming up. Tentunya otot-otot terkejut beruk. Sejak itu, mereka mengurangkan pusingan itu dari hari ke hari sehinggalah kata sepakat diambil bahawa mereka tidak mahu lagi menghabiskan masa dengan berjoging. Hal ini kerana ia mengganggu kehidupan mereka sebagai pelajar, di mana mereka tidak dapat study pada malamnya kerana keletihan. Hahahahaha… alasannnn semata-mataa…

Mereka bukan sahaja kuat makan, tetapi juga kuat study. Pernah suatu hari, mereka study sehingga ke subuh. Meja disusun di ruang tengah bagi memudahkan sesi perbincangan. Boleh dikatakan Debab yang mendominasi perbincangan tersebut kerana antara mereka bertiga, Debablah yang paling menonjol kecemerlangannya. Eiuuwwww… Debab banyak mengajar Tembun dan Bulat. Ketika itu mereka bakal menghadapi PSPM 1, dan ketika itulah dirasakan masa itu emas. Sampaikan hendak pergi bilik air pun terpaksa berfikir dua tiga kali, tidak mahu membuang masa katanya. Selepas solat subuh baharulah mereka melelapkan mata masing-masing. Keesokkannya, kehidupan dirasakan tidak seindah biasa. Mungkin kesan tidur tidak pada waktunya. Iyalah, paksa diri untuk study sampai ke pagi. Tentunya badan sukar menerima perubahan tersebut. Ada yang tidak boleh duduk, ada yang sakit belakang, ada yang sakit paru-paru, dan pelbagai penyakit lain timbul. Hahahaha. Sejak itu, mereka tidak lagi study hingga lupa diri. Sebenarnya mereka bukanlah rajin orangnya, itu adalah kerana study last minute. Mahu atau tidak terpaksalah bersengkang mata menghabiskan silibus yang dipelajari.


Pelbagai pengalaman yang mereka kongsikan di situ walaupun hanya setahun mereka bersama. Pahit manis suka duka telah mereka coretkan dalam kehidupan mereka. Sehari sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing, pada petang itu, selesainya paper exam terakhir, mereka berjalan mengelilingi kolej tersebut. Semuanya berbaju merah termasuklah Kak Kurus. Boleh dikatakan di setiap sudut kolej mereka bergambar. Pada malamnya, mereka ke bilik kawan-kawan bagi memohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan dan mengucapkan selamat tinggal. Selepas itu, mereka pulang ke bilik untuk mengemas barang masing-masing. Perasaan sedih menyelebungi mereka keesokkan harinya. Entah bila mereka akan ketemu lagi.

Kini, Debab berada di Usm manakala Bulat dan Tembun berada di Ukm. Kak Kurus pula di Unimas. Sejak keluar dari Kmk, mereka belum berjumpa Kak Kurus. Yelah, Kak Kurus jauh. Debab, Bulat dan Tembun pernah berjumpa sekali-sekala. Hubungan mereka tetap seperti dulu, Kenangan dan sejarah mereka dulu tak mungkin akan berulang. Tentunya ia tersimpan rapi dalam ingatan.
P/s : Kepada yang berkenaan, this writing just for you..1437!! Mungkin orang lain tidak mengerti isi cerita ini, namun aku pasti both of you would not forgot all that memory.. Jampa mesti ingat kes pi cc dulu nieh, jangan kata tak mandi…..bla..bla…bla…..create emel…bla…bla…share pc…bla…bla…bla… malu kat orang pulak kalu nak cerita. Biarlah rahsia…J weyh, dulu kan kita tak dak laptop lagi. Asyik pi cc jelah wat assignment bagai kan? Bila dah sebut laptop nieh, teringat satu perkara. Debab ngan Bulat mesti ingat punya lah.       “FAIRY TALES”…. Haa,,, ingat kan?? Sampai sekarang tuan punya badan tak taw. Tak teringin nak pi mintak maaf ka?  Debab, mu  pulak siap backup diri. “ Takpa weyh takpa,, ni kiranya Allah izin. Dan lagi 1 ingat! Benda ni biar pecah diperut jangan pecah dimulut.”..Hehehhe. kena kat kita laaaa…