search

Friday 26 August 2011

~Mengapa Bersedih~

“Sedihnya aku….masih tak de couple,” hatimu mengeluh sayu mengenangkan nasib malangmu. Mereka bercerita lagi tentang pasangan mereka masing-masing. Teman-temanmu itu membuatkan kau rimas dengan pertanyaan bila pula engkau akan jadi seperti mereka. Tiba-tiba hatimu menjadi panas. Maraknya seperti api yang disimbah dengan minyak. Tidak patut mereka mengatakan yang kau perempuan tak laku!!! “Mengapa jadi begini?” Kau pun keliru. “Mengapa dengan aku? Buruk sangatkah aku? Tidak menarik langsungkah perwatakkanku? Mengapa hatiku tidak diketuk oleh seorang lelaki pun?” Dikau sedih, dikau kecewa, dikau terus terpinggir, dikau terus tenggelam oleh rasa rendah diri…kau terus meraih simpati. Kau berusaha untuk mencari cinta suci, kau berjuang seorang diri.
Sahabatku…mengapa bersedih? Bukan kau seorang saja yang merasa begitu, malahan ramai lagi mereka yang senasib denganmu. Tentu sudah jenuh engkau mengukur diri, di mana kekurangan dan kelemahan. Mengapa tiada seorang jejaka pun yang ingin mencuri hatimu. Bertenang sahabatku….bertenanglah….. cuba kau duduk seorang diri dan renungilah kata-kata ini……
Sahabatku….Siapa yang kata engkau tidak cantik? Siapa yang kata engkau tidak menarik? Siapa yang berani mengatakan engkau tidak laku?? Sejauh mana mereka dapat menilai harga dirimu????? Sahabatku….sudah puas engkau berlari untuk mendapatkan cinta suci itu…Sudah dalam engkau selami lautan untuk mencari mutiara harga cintamu. Sudah lama engkau menunggu mereka yang sudi menerimamu. Mungkin juga sudah berulangkali kau menawarkan diri untuk mengisi jantung si  buah hatimu. Sudahlah…….sudahlah sahabatku….cukuplahhh….beristigfarlah… Cuba fikir kembali apa tujuannya semua yang kau hajati ini. Untuk membuktikan kepada teman-temanmu? Untuk memenuhi nafsumu? Untuk berfoya-foya menghabiskan usia remajamu? Sedarlah bahawa Allah sedang menyelamatkanmu sahabat. Menyelamatkanmu dari lembah kehinaan-Nya. Dia mahu engkau mencari cinta-Nya dahulu dan selamanya. Cuba kau lihat insan lain yang hatinya sudah terpaut dengan cinta manusia yang tidak halal baginya. Sejauh mana mereka mampu mencari cinta tuhannya pula? Kuatkah imanmu untuk menjalinkan hubungan yang tidak pasti dengan lelaki-lelaki yang penuh muslihat itu? Sedangkan yang lain ramai yang sudah tersungkur…kononya bercinta kerana Illahi tetapi cinta yang suci itu telah dinodai dengan maksiat mata dan hati.
Sebenarnya sahabatku, harga dirimu sangat tinggi. Sekiranya engkau terus menjaga diri, sesuai dengan syariat agama ini, Auratmu dihijad dengan sempurna, Kau rela bersabar membiarkan nafsumu terkurung, Maruahlah yang paling kau pelihara sebagai seorang mukminah sejati, Kau tidak pernah memberi peluang  kepada lelaki untuk merendah-rendahkan harga dirimu,…ketika itulah harga dirimu akan melambung tinggi kerana kau hanya dinilai oleh lelaki-lelaki yang benar-benar mengerti nilai harga diri seorang perempuan sepertimu.
Yakinlah sahabatku….andai tiba masanya akan Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidupmu nanti…. Sebagai seorang suami yang benar-benar menyayangimu, yang benar-benar akan melindungimu, yang benar-benar akan memimpinmu kearah kehidupan yang lebih diberkati kerana cinta itulah cinta kerana Illahi. Jodoh itu merupakan ketentuan Illahi. Jangan kau bimbang..  Percaya sajalah pada janji Allah yang amat pasti.
"wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" (surah An-nur : 26) 

Thursday 25 August 2011

~Sejarah Tak Mungkin Berulang~::Part 5::

Kesan daripada makan banyak, lemak di badan pun banyak. Bagi menguruskan kembali badan  yang tidak pernah mahu kurus, Debab mengajak rakannya berjoging. Bagi tidak menghampakan semangat Debab yang berkobar-kobar itu, Bulat dan Tembun mengikut sahaja. Suatu petang yang hening, maka berjoginglah mereka bersama-sama. Kak Erin di depan bilik pun turut serta. Tanpa sebarang warm up, mereka berlari mengelilingi padang yang boleh tahan besarnya. Orang yang bersemangat sekali tentunya si Debab, dia paling hadapan. Akhirnya mereka Berjaya menghabiskan 5 kali pusingan padang. Selepas itu, lenguh-lenguh mula menghinggapi badan mereka, kaki pula sakit-sakit. Yelah, sudah berapa bulan/tahun tidak berlari, tiba-tiba berjoging penuh perasaan tanpa sebarang warming up. Tentunya otot-otot terkejut beruk. Sejak itu, mereka mengurangkan pusingan itu dari hari ke hari sehinggalah kata sepakat diambil bahawa mereka tidak mahu lagi menghabiskan masa dengan berjoging. Hal ini kerana ia mengganggu kehidupan mereka sebagai pelajar, di mana mereka tidak dapat study pada malamnya kerana keletihan. Hahahahaha… alasannnn semata-mataa…

Mereka bukan sahaja kuat makan, tetapi juga kuat study. Pernah suatu hari, mereka study sehingga ke subuh. Meja disusun di ruang tengah bagi memudahkan sesi perbincangan. Boleh dikatakan Debab yang mendominasi perbincangan tersebut kerana antara mereka bertiga, Debablah yang paling menonjol kecemerlangannya. Eiuuwwww… Debab banyak mengajar Tembun dan Bulat. Ketika itu mereka bakal menghadapi PSPM 1, dan ketika itulah dirasakan masa itu emas. Sampaikan hendak pergi bilik air pun terpaksa berfikir dua tiga kali, tidak mahu membuang masa katanya. Selepas solat subuh baharulah mereka melelapkan mata masing-masing. Keesokkannya, kehidupan dirasakan tidak seindah biasa. Mungkin kesan tidur tidak pada waktunya. Iyalah, paksa diri untuk study sampai ke pagi. Tentunya badan sukar menerima perubahan tersebut. Ada yang tidak boleh duduk, ada yang sakit belakang, ada yang sakit paru-paru, dan pelbagai penyakit lain timbul. Hahahaha. Sejak itu, mereka tidak lagi study hingga lupa diri. Sebenarnya mereka bukanlah rajin orangnya, itu adalah kerana study last minute. Mahu atau tidak terpaksalah bersengkang mata menghabiskan silibus yang dipelajari.


Pelbagai pengalaman yang mereka kongsikan di situ walaupun hanya setahun mereka bersama. Pahit manis suka duka telah mereka coretkan dalam kehidupan mereka. Sehari sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing, pada petang itu, selesainya paper exam terakhir, mereka berjalan mengelilingi kolej tersebut. Semuanya berbaju merah termasuklah Kak Kurus. Boleh dikatakan di setiap sudut kolej mereka bergambar. Pada malamnya, mereka ke bilik kawan-kawan bagi memohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan dan mengucapkan selamat tinggal. Selepas itu, mereka pulang ke bilik untuk mengemas barang masing-masing. Perasaan sedih menyelebungi mereka keesokkan harinya. Entah bila mereka akan ketemu lagi.

Kini, Debab berada di Usm manakala Bulat dan Tembun berada di Ukm. Kak Kurus pula di Unimas. Sejak keluar dari Kmk, mereka belum berjumpa Kak Kurus. Yelah, Kak Kurus jauh. Debab, Bulat dan Tembun pernah berjumpa sekali-sekala. Hubungan mereka tetap seperti dulu, Kenangan dan sejarah mereka dulu tak mungkin akan berulang. Tentunya ia tersimpan rapi dalam ingatan.
P/s : Kepada yang berkenaan, this writing just for you..1437!! Mungkin orang lain tidak mengerti isi cerita ini, namun aku pasti both of you would not forgot all that memory.. Jampa mesti ingat kes pi cc dulu nieh, jangan kata tak mandi…..bla..bla…bla…..create emel…bla…bla…share pc…bla…bla…bla… malu kat orang pulak kalu nak cerita. Biarlah rahsia…J weyh, dulu kan kita tak dak laptop lagi. Asyik pi cc jelah wat assignment bagai kan? Bila dah sebut laptop nieh, teringat satu perkara. Debab ngan Bulat mesti ingat punya lah.       “FAIRY TALES”…. Haa,,, ingat kan?? Sampai sekarang tuan punya badan tak taw. Tak teringin nak pi mintak maaf ka?  Debab, mu  pulak siap backup diri. “ Takpa weyh takpa,, ni kiranya Allah izin. Dan lagi 1 ingat! Benda ni biar pecah diperut jangan pecah dimulut.”..Hehehhe. kena kat kita laaaa…


Wednesday 24 August 2011

~Sejarah Tak Mungkin Berulang~::Part 4::

Pada hari lainnya, kelihatan sekumpulan pelajar seperti membincangkan sesuatu yang serius sambil makan ‘cucuk-cucuk’.
Tembun : Malam ni ada perjumpaan dengan pengarah kolej kan?
Bulat    : Haa, En. M**** nak ceramah pasai pa ntah.
Debab    : Hmmm, weyhhhhh….tak mau pi boleyh dak? Hahahahha
Bulat     : Tue lahh.. Rasa cam tak mau pi jugak. Kak Kurus mesti tak pi.
Tembun : Berani ka weyh. Bukan tak tau time kita nak wat jahat ja, time tu la nak spotcheck .
Debab    : Sungguh aihh noh. Memang selalu camtu pun kan.
Bulat     : Kena berani gak kot mana pun. Tak yah dok pi la. Buang masa ja, bukan watpa pun.
      Pada malamnyaa……. Bilik C2T238 menjadi tempat persembunyian budak-budak yang tidak menghadiri perhimpunan bersama pengarah itu. Cik hanamici dan Hanis pun join sekaki. Kononnya mahu study. Buang masa jangan sekali. Lampu utama kami matikan, yang tinggal hanyalah lampu study. Handphone semua dimati @ disilentkan bagi mengelakkan sebarang bunyi yang tidak dijangkakan. Hidup mereka ketakutan apabila suara felo seperti tahu akan persembunyian tersebut. ‘Keluar!!Keluar!!Saya taw kamu ada kat dalam!’ Hati makin cemas. Kemudian terdengar bunyi pintu diketuk dan digegarkan berkali-kali. Tapi bukan di bilik mereka, bilik jiran tetangga mungkin. Akhirnya, study entah kemana. Terasa seperti patung pula pada waktu itu kerana mereka langsung tidak bercakap. Bergerak pun dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan sebarang bunyi. Tetiba perut Debab berbunyi, ‘kkkkrrekkkkkk’. Diikuti pula perut Bulat, ‘kkrrriiukkkkkk’. Mereka hanya tahan gelak mendengar bunyi-bunyian tersebut. Itulah yang dikatakan perutku perutmu jua. Hampir 2jam juga hidup mereka dalam ketakutan. Namun, semuannya selamat sedangkan pada malam itu, ramai yang ditangkap dan didenda kerana tidak menhadiri perhimpunan tersebut. Nasib menyebelahi mereka. Akhirnya mereka berazam agar tidak sesekali mengulangi perbuatan tersebut.
Perutku perutmu jua’. Boleh dikatakan itulah antara slogan kehidupan mereka. Sesuai dengan nama Tembun, Debab dan Bulat, mereka memang seorang yang kasih dan cintakan makanan. Kemana sahaja mereka pergi, perut harus diutamakan. Pernah suatu ketika dulu, tengahari yang agak hening, Tembun dan Bulat pulang dari kelas, seperti biasa mereka menuju ke kafe bagi membeli makanan. Si Tembun dengan nasi ayamnya manakala Si Bulat dengan nasi putih berlaukkan ikan keli kalau tidak salah. Disebabkan ikan tersebut panjang melebihi polistren, maka terkeluarlah ekor  ikan tersebut. Lagipun, polistrin tersebut dipenuhi nasi, manalah ada ruang untuk si ikan. Kesian kau ikan!! Dalam perjalanan pulang, Tembun dan Bulat pun bergelak ketawa mengenangkan perihal mereka yang sayangkan makanan itu. Ketika asyik bergelak tawa, tanpa disedari, kaki Bulat tersadung tangga. Maklumlah kaki tak panjang mana, jadi agak susah untuknya melepasi anak tangga tersebut. Akhirnya Bulat terdampar di atas tangga tersebut. 
Tembun sebagai kawan yang prihatin dan baik hati hanya mampu beristigfar dan terkejut melihat kejadian tersebut sambil menahan tawa bagi menjaga hati Si Bulat. Namun, melihat polistrin di tangan Bulat yang digenggam erat, terburailah gelak tawa Si Tembun yang ditahan-tahan itu. “Weyh, jatuh bukan main lagi, nasik tak lepas noh? Ekor ikan tu ja tak selamat sebab tak dok dalam polistrin elok-elok.” Gelak Tembun. Bulat turut ketawa lalu berkata, “Halarhhh, pa pun terjadi makanan kena selamatkan dulu.” Kejadian tersebut akhirnya sampai ke telinga Debab kerana slogan utama hidup mereka ialah ‘tiada rahsia antara kita’. Seterusnya, kalau beli makanan ja, mesti berbungkus. Lebih banyak katanya. Selalunya, mereka bungkuskan makanan, kemudian mulalah memanggil-manggil pakcik kafe meminta mangkuk untuk makan di kafe. Itulah antara perangan huduh mereka. Pernah juga mereka memesan 2bungkus minuman, kemudian 1 bungkus ais ketul. Kemudian sampai di bilik mulalah membahagikan air tersebut. Jimat katanya. Ohh yaa.. Mereka memang suka berjimat cermat. Almaklumlah, hidup sebagai pelajar bukannya mewah kann. Hahahahaha…J



Suatu pagi di hujung minggu, jam menunjukkan 9.30pagi. dengan mengenakan sedikit bedak, mereka pergi ke kafe untuk memjamu selera. Seperti biasa, mereka akan bungkus makanan itu. Harga mee, mihun, kueteaw dan nasi goreng tika itu, RM1 sebungkus. Jadi, mereka mengambil kesempatan itu untuk berjimat cermat. Memang penuh polistrin.

“Kita beli siap-siap lah untuk lunch nanti mau.” Debab mengusulkan cadangan yang memang tidak akan ditolak oleh Tembun dan Bulat. Maka pagi itu, mereka beli 2bungkus seorang.     ‘Dah la penuh polistrin, 2bungkus pulak tuh’. Mungkin itulah  yang difikirkan oleh pakcik yang jaga kaunter semasa ingin membuat pembayaran. Kemungkinan saja! Kemudian, mulalah sedikit dialog secara spontan di depan kaunter tersebut.
“Ni yang Kak Kurus kan?” sambil menunjukkan bungkusan makanan tersebut bagi membuang tanggapan pakcik tersebut bahawa bungkusan itu kepunyaan mereka.
“Yaa, ni yang Kak Kurus pesan.. Ni yg blaa….blaaa…blaa….. ……….
Jam menunjukkan 1ptg pada hari yang sama. Mereka menikmati makanan yang ditapau pagi tadi. Tanpa sebarang kata, seperti ada yang tidak kena. Akhirnya terdengar satu suara.       “Weyh, cuba rasa betoi2, macam basi ja kann?". Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersengih–sengih macam kerang busuk. Pengajaran pada hari itu ialah jangan tamak. Sesungguhnya orang tamak selalu rugi.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu mereka makan di padang. Berkelah katanya. Yang peliknya berkelah sewaktu matahari mencacak atas kepala. Tak kira masa dah. Masalahnya tiada bantahan. Selalu mereka akan makan tengah hari di bawah pokok di padang sambil mencari ketenangan. Sehinggakan pada suatu hari, sepasang suami isteri warga cina memberikan mereka air kotak. Mungkin kesian melihat 3 sekawan tersebut. Hahahah. Sebenarnya, uncle dan aunty tu selalu nampak mereka makan disitu. Pernah juga pukul 10malam, mereka masih lagi berlegar-legar mencari ‘cucuk-cucuk’ untuk di makan. Apa jenis perut daaaa…… J
Kalau bulan puasa lagii lahhhhh….Wahhh,, kalau hendak bercerita bab makan, memakan, dimakan atau apa sajalah yang berkaitan dengan makanan memang tak akan habis. Mereka sebenarnya amat bersyukur kerana mendapat kawan yang memahami perut masing-masing.

Tuesday 23 August 2011

~Sejarah Tak Mungkin Berulang~::Part 3::

Dari satu ke satu masalah yang mereka lakukan, tapi yang pasti tidak sekali-kali mengganggu kehidupan manusia lain.J. Okay, memang tidak dinafikan yang mereka rajin membasuh baju. Hari-hari balik dari kelas, mesti basuh baju. Benda ni diakui sendiri oleh jiran tetangga. Asal pergi bilik air ja muka mereka lah, asal nampak muka mereka ja, haaa sure kat bilik air la tuh. Satu hari ni, sifat kemalasan menjelma. Seorang tak basuh baju, yang lagi dua orang pun tak nak basuh. Jadi, akibatnya makin banyak la baju yang tak dibasuh. Dah banyak takkan la nak basuh tangan kan, mereka kan  busy, student katakan..hehehhe.. Maka, pada malam tersebut……………….

“Weyh, jom cepat pi basuh guna mesin. Kita share. Kumpul semua baju.” Debab bersuara.
Maka dengan itu, berjalanlah Tembun, Debab dan Bulat menuju ke mesin basuh yang tidak berapa jauh dari bilik mereka. Hati berasa lega kerana mesin basuh kosong menandakan tak perlu la tunggu lama..
“Sat weyh, baca arahan dulu.” Haaa,, almaklumlah, 1st time ingin menggunakan mesin tersebut. Setelah baju dan sabun dimasukkan, maka lega lah hati masing-masing memikirkan tidak perlu bertungkus lumus di bilik air menyental baju-baju tersebut. Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..wahhhhhhhhh hahahahah. Setelah 15-20 minit mungkin, mesin tersebut seperti kaku. Tidak berfungsi. Maka cuak lah 3 orang budak tersebut.
“ Weyh, awat macam rosak jah nieh.” Debab menunjukkan riak cemasnya sambil Si Tembun menahan gelak.
“Tak pa aihh,, tengah isi ayaq nieh. Kita tunggu sat.” Bulat meyakinkan rakannya.
“Toi ka Lat?? Bun rasa sebab banyak sangat kot baju, terlebih muatan ayaq nak masuk pun susah pa.” seraya dengan itu, semua tergelak bagai mengiyakan kata-kata Tembun. Mana tidaknya, baju mereka bertiga disumbatkan dalam 1 mesin. Memang terlebih muatan pun.
“Halarhhh weyhh, Bab pun rasa camtu. Tudia la kita dok pulun sangat.”
“Haishhh, dak aihh.. tunggu sat dulu. Betoi ni dia tengah isi ayaq.” Bulat masih confident. Tembun dan Debab membaca kembali arahan di mesin tersebut. Semua dah betul.
          Setelah beberapa lama menunggu, mesin tersebut masih tiada perubahan dan menyebabkan hati gelisah. Bulat pun mengalah apabila dibukannya mesin tersebut, air sudah pun penuh.
“Haa,, la ni nak wat camna nieh? Buang masa taw dak?” Debab bersuara sambil ketawa.
“Tak tau lah. Ikut la nak wat camna pun.” Hahahahaha, Tembun memang selalu begitu. Style tak kisah.
“Lat rasa kena basuh 2 kali nieh, toi la ni banyak sangat kot.” Bulat cuba memberi cadangan.
“Haa, jomlah bawak keluaq setengah. Satgi kita basuh lagi sekali.” Tembun terus menyetujui cadangan Bulat.
“Bawak keluaq baju yang mana senang nak basuh. Leyh basuh tangan ja satgi.” Debab pula bersuara.

Selepas mencapai kata sepakat, kelihatan 3 orang budak tadi menyeluk pakaian mereka dari dalam mesin, kemudian memerah pakai tersebut sambil mulut ketawa dan hati menyumpah seranah mesin tersebut. Perlakuan mereka itu seperti tidak tahu bahayanya menyeluk pakaian di dalam mesin basuh yang penuh dengan air tersebut. Silap hari bulan, boleh maut terkena renjatan elektrik. Tapi, Allah masih panjangkan umur mereka..Alhamdulillah.. J
“Weyh, ampa tak rasa buang masa ka buat semua nieh.”
“Tu lah, kalau basuh tangan nieh siap dah nieh. Haishhh, ni  Bab bengang nieh.”
“Haa,terpaksa la.  Dugaan-dugaan. “
“Haiiii,, macam banyak ja bawak keluaq. Jenoh gak ni nak basuh tangan. Tutor kita tak siap lagi nuh.”
“Lat rasa kena basuh sekali lagi nieh, kita guna mesin jelah. Sat Lat pi amik syiling.” Terkedek-kedek lah Bulat berlari ke bilik mengambil syiling. Tembun dan Debab masih tergelak golek-golek menghadapi situasi tersebut.
“Lahh, tadi tak maw habaq awai-awai. Penat jelah perah baju nieh semua.”
“Haaa,,tu la pasaiiii…ni nak bengang lagi sekali nieh.”
Setelah bertungkus lumus berusaha, akhirnya mesin tersebut berfungsi seperti biasa. Berjam jugak lah mereka melakukan hal tersebut tanpa diketahui sesiapa pun, sampaikan Kak Kurus dekat bilik pun hairan melihat begitu lama adik-adiknya pergi membasuh baju. Itulah kenangan pertama kali membasuh baju menggunakan mesin. Maklumlah,kat umah mesinnya lain, tu yang tak reti guna tue. Bukannya tak pernah basuh baju kat rumah okey!..

Monday 22 August 2011

~Sejarah Tak Mungkin Berulang~::Part 2::

Sebenarnya macam-macam hal mereka lakukan bertiga. Tidak kira la benda baik atau jahat semua mereka dah lalui bersama. Dulu, masa awal-awal start kuliah, semua student pergi kelas awal. Kalau kata kelas start pukul 8pg, pukul 7.30 dah tercangak dah depan pintu. Standard la, budak baru nak kenal dunia kuliah bagai nieh. Mereka pun termasuk dalam senarai lah. Pukul 7pg dah siap semua dah nieh, tinggal nak berjalan pergi kuliah ja. Tapi awal-awal jelah. Dah lama-lama, kelas pukul8, pukul 8 baru bangun pun steady ja lagi..Satu hari tu, hari ahad.  Tembun dan Debab ada kuliah kimia jam 8. Masa Tembun terjaga pagi tu, 7.30 kalau tak salah. Pusing kiri, tengok Kak Kurus tidur ja lagi, pastu Si Bulat pun ngan aksi kuak lentang dia. Tembun dah konpius. ‘Ada kelas ka tak dak nieh. Rasa cam ada.’

“Bab..bab…bangun2..ni, hari ni hari pa sebenarnya?”
“Hari ahad.”
“Ooo…kita ada kelas dak? Bukan da kelas En. Mawi ka koi 8?”
“Haah!!,,jom2 mandi cepat.” Tembun ngan debab pun pa lagi, amik baldi pi toilet, waktu tu Kak Kurus baru bangun, dia pun ada kelas kul8, Bulat tak dak kelas rasanya. Tapi Kak Kurus ni cool n steady ja, langsung tak  kalut pun macam Tembun dan Debab.
Dalam toilet, kelihatan  dua orang budak, Tembun dan Debab tengah berdiskusi. Tak padan ngan lambat. “Weyh, Tembun!. Dan ka ni nak mandi? Satgi teqa nak jalan pi kelas ni koi bopa nak sampai?”
“Hisshhh,, tak tau la Debab. Bab nak mandi dak? Bun rasa tak dan la.”
“Tue lah, tapi tak pa ka tak mandi? Kelas kita sampai petang nieh.” Debab masih konpius. Bagi mereka, tak mandi tu adalah satu kesalahan. Maklumlah, tak pernah aihh pi kelas tak mandi. Mungkin bagi orang lain perkara biasa, tapi bagi mereka, tu kiqa 1st time la tuh.
“Hermmm,, tak yah la. Gosok gigi  cuci muka sudah.” Jawab Si Tembun tanpa berlengah lagi.
“Bun, tapi ingat taw jangan habaq kat sapa-sapa. Kat Bulat pun jangan habaq.”. Wah, bukan main excited lagi Debab pesan. Tapi, tanpa disedari, gelagat dua ketoi budak tadi diperhatikan oleh Kak Kurus yang pura-pura tak tahu apa-apa.
Maka dengan itu, mereka pun selamat sampai ke kuliah. Yang hebatnya, mereka sampai tepat pada masanya. ‘Hehehhe. Kita hebat oii!!’.. Mungkin ada ikatan kimia antara mereka, Bulat dapat merasakan ada something wrong kat dua orang kawannya itu. Bulat cuba mencungkil rahsia, tapi seperti pesanan Debab, rahsia tetap rahsia. Sehinggalah malam, akhirnya rahsia pun terbongkar.
“Hmmm,, Kak Kurus taw ampa wat apa pagi tadi. Kak Kurus nampak la.”
“Awat Kak Kurus?? Habaq kat Lat, patot depa dua ni pelik sangat arini.”
“Haa,, dok kata dah Kak Kurus taw.”
“Heehehehe,, weyh bulat, sebenaqnya kami tak mandi tadi. Segan nak habaq kat Lat, satgi Lat xmaw kawan ngan kami pulak.”
“Hampa laa, dan lagi aihh nak mandi, tu Kak Kurus dok heran tu. Masa Kak Kurus masuk toilet pagi tadi nampak hampa tak mandi lagi. Pastu bila masuk bilik, tudiaa siap pakai baju kurung semua dah. Sah la budak-budak ni tak mandi. Hmmmm, tak pa, standard la tuh, ampa baru lagi. Nanti lama-lama biasa la tu. Ramai ja yang jadi camtu”. Terang Kak Kurus panjang lebar. Siap dengan pesanan sekali.
Sejak dari kejadian tu, bagi mereka, tiada salahnya pergi kelas tak mandi. Standard lah, student kan. Study sampai tengah malam, tidoq lambat,bangun pun lambat lah. Sesekali  tak mandi apa salahnya kan. Tapi jangan amalkan okeyh! J

Sunday 21 August 2011

~Sejarah Tak Mungkin Berulang~::Part 1::




Bertempat di Kolej Matrikulasi Kedah, jam 9.30pagi, kelihatan beribu-ribu pelajar yang berpusu-pusu beratur bagi mendaftarkan diri di institusi tersebut. Ada yang kecik, ada yang besar, ada yang lawa, ada yang tak lawa dan pelbagai jenis manusia yang dapat dilihat di situ. Almaklumlah ini kali pertama menjejakkan kaki di asrama dan berjauhan dengan keluarga.       17 tahun kat rumah, baru kali ini dapat melihat dunia luar. Wahh, macam tidak pernah keluar rumah lagaknya.  Ok, di suatu  sudut dimana para pelajar beratur mengambil kunci untuk check-in ke bilk masing-masing, kelihatan dua orang pelajar. Ya, itulah Bulat dan Debab! Pasti !
“Eh, bilik nombor berapa?” Tanya Debab kepada Bulat yang tika itu berada dibelakangnya.
“Ni haa..” sambil menunjukkan anak kunci yang dipegang.
“Laa… sama la…sebilik la kita.” Ramah betul Si Debab ni. Yelah, mencari kawan katanya..
“Ohh,,,haa…tak pa tak pa.” Si Bulat berlalu pergi meninggalkan Debab yang malu sendiri. Orang tak layan erkk debab? Hahahahahhahahahahah…..;-0
Selesai mengambil kunci, Tembun yang tika itu ditemani mak, ayah, adik dan atuknya mencari kamar C2T238. Wahh, banyak betul tangga kolej nih. Pening dibuatnya. Nasib baik ada fasi yang sudi menunjukkan arah bilik tersebut. Sesampainya di c2t238, terlihat masih ada dua katil kosong, 1 di sebelah pintu, 1 lagi dipenjuru bilik. Tembun pun memilih yang di penjuru bilik. Lagi dua katil sudah ada orang. ‘Rumate aku la tu’, bisik Tembun di dalam hati..  tika itu malu rasanya ingin berkenalan, yelahh,, family semua ada.. ramai sangat. Tapi salah seorangnya dok dalam almari. Malu katanya...hahahha..senget!!! kemudian ibubapa diminta berhimpun di dewan kerana ada sedikit taklimat. Maka tinggallah Tembun keseorangan di dalam bilik. Tak ada kawan!! Kemudian, rumate yang dalam almari tadi naik ke bilik. Along dia cakap, namanya debab. Tembun cuba meramahkan diri. Maklumlah, kalau kita yang  tak mulakan perkenalan, susah la nak dapat kawan kan...wahhhhhh gitu.
“Debab, satgi kena berkumpul kat dewan serbaguna ka.”
“ Haa,, Debab p kat mak abah Bab sat na.” Dengan kalutnya dia meninggalkan Tembun.  Ehlaaa,, tak layan Tembun erkk. Tak Kesahhh!!!
Jam ditangan menunjukkan lagi 30 minit masa yang tinggal untuk mereka berkumpul. Tembun resah. ‘Nak p ngan sapa nieh? Dewan tu kat mana? Nak tengok peta kolej, mak aku ambik tadi. Haishhh,, dah tu macam mana?’.  Then, Si Bulat naik. Nasib baik…hahhaahah….Tembun pun pergi dengan Bulat. Debab entah kemana. Sambil jalan menuju ke  dewan itu, sempat la Tembun kenal-kenal dengan Bulat. Bulat ni gila novel katanya….blaaa….bla…blaa…blaaa la dia bercerita. Tembun pun layannnnnn.. pastu bulat ni cakap dia kat sini sekejap ja. Dia nak masuk maktab. Alaaaaa….tak da kawan la nanti..
“Weyh, jom la kita kenal-kenal…..sebelum tu jom kita lantik ketua bilik dulu. Sapa nak jadi?” wahh, bukan main lagi tuh… sure tak da sapa yang nak.
“ Ha, kalu camtu kita kena wat undian nih, mai kertas Bab nak buat.” Bersungguh-sungguh pulak Si Debab nieh. Iya-iya ja dia.
Dah cabut undian tuh, terdengar la Si Debab ni gelak golek2 macam tenggiling. Entah pasaipa ntah. Rupa2nya dia yang kena jadi ketua.Ingatkan apa la tadi kan.. Si Bulat pun gelak. Tembun nak xnak gelak jugak lah.. satgi macam terpinggir lak kan..heheheh. dan sejak malam tuh, setiap malam bilik tu dipenuhi gelak tawa mereka. Kadang-kadang tiada benda pun nak digelakkan sebenarnya. Makin hari hubungan mereka makin rapat. Apa yang dapat diperhatikan, Debab paling mature antara semua even dari segi umur, dia paling muda. Muda beberapa bulan ja pun. Tak yah nak kembang sangat la..;-)  haa,, katil kosong kat sebelah Si Tembun tu pun dah ada orang duduk. Dia masuk lambat sikit dari mereka. Mereka memanggilnya Kak kurus. Akak tu pendiam sikit la kalu nak dibandingkan dengan yang lain-lain. Tapi lembut saja orangnya.
Setelah beberapa minggu bersama, kalau tak silap lah. Bulat tetap dengan keputusannya nak masuk maktab. Masa interview dulu, Debab la yang siap-siapkan Bulat. Kira perunding imej sikit-sikit lah. Dengan harapan Bulat lulus interview tu. Tapi sebenarnya, Tembun dan Debab berat hati nak melepaskan Bulat nieh. Chewahhhhh..Yelah, nanti Bulat tak da, tak best laaa….
“Tembun, Bun rasa la kan, Bulat dapat dak maktab.”
“Tak tau laa.. Tapi kalu dapat, tak best lah..”
“Tu laa pasal, kita nak halang pun tak boleh. Tu cita-cita dia kan. Tapi kalau tak halang, hishhh rasa tak syok pulak kan..”
“Dah tu, nak doakan dia dapat ka dak? Debab, kalu ikut hati Bab, berat mana lagi? Nak dia dapat ka dak?”.
“Hishhh,,susahh nih..Rasanya biaq dia tak dapat kot. Jahattnyaa kita…hahahhaha…”
“Haahahahha,,tu la kann.. dak bukan jahat.... Lagipun, dok sini pun boleh jadi cikgu nanti.”
“Haa..sungguh aihh… tak pa, kita tengok esok macam  mana. Doakan yang terbaik jelah..Perbualan tersebut langsung tidak diketahui Bulat sehinggalah sekarang. Hehehhe.   
         


          Keesokkan harinya, Tembun dan  Debab menemani Bulat ke CyberCafe. Check samaada permohonan Bulat ke maktab diterima atau ditolak. Masing-masing berdebar . Akhirnya, Bulat menitiskan airmata kehampaan. Tika itu, Tembun dan Debab berpandangan sesama sendiri. Perasaan mereka jua bercampur aduk. Sedih melihat kehampaan di wajah Bulat. Tapi jauh disudut hati, mereka senang. “Bulat akan bersama kami. Yahooo!!!!!!” Err,, buat si Bulat, ‘maaf yaaa…. Sudah tertulis di lohmahfuz yang kita akan berteman selama kita belajar di sana. Bukan kami penghalang cita-cita anda, tapi Allah dah tetapkan yang terbaik buat dirimu. Wahhhhhh,,moga kamu Berjaya kelak.’ J

Saturday 20 August 2011

~Aku, Kau dan Dia~



C2T238,
Di situ segalanya bermula,
Persahabatan antara aku, kau dan dia,
Satu langkah yang sama,
Tekad yang satu,
Bagi mencapai impian yang jitu.

Karat-karat nostalgia kita,
Tidak mungkin aku lupa,
Kita ukir pelbagai cerita,
Yang mengundang gelak tawa,
Makin hari bertambah mesra,
Moga ia kekal selamanya.

Setiap pagi,
Kamar kita bising,
Bukan dengan kicauan burung,
Tapi dengan satu suara,
Suara kau bangunkan dia,
Yang asyik dibuai lena,
Sehingga matahari diatas kepala,
Masih belum bangun jua.
Aku, kau dan dia,
Bersama kita mengorak langkah,
Menimba pengetahuan dengan gagah,
Mengharungi kelas tanpa resah,
Walaupun kadang ianya goyah,
Namun semuanya tersusun indah,
Demi memikul harapan mak ayah.

Tika tibanya petang,
Demi mengisi masa lapang,
Terkadang kita kuak lentang,
Terkadang kita ke padang,
Ke padang bersembang-sembang,
Kadangkala mengutuk orang,
Kadangkala berjalan lenggang,
Hingga penat semua hilang,
Dan hati kita senang,
Perut pun menyanyi riang.

Tatkala malam menjelma,
Mana mungkin kulupa,
Kita study bertiga,
Gosok gigi bersama,
Sering bergurau senda,
Saling bertukar cerita,
Cerita yang tiada penamatnya,
Sampai kapan pun jua.

Kini,
Kau ke utara, kami ke selatan,
Kita terpisah dalam perjalanan,
Perjalanan demi mencapai kejayaan,
Perjalanan yang pelbagai tujuan,
Perjalanan yang penuh harapan,
Perjalanan yang mengajar erti kehidupan,
Perjalanan yang perlu diperjuangkan,
Biarlah C2T238 dalam lipatan ingatan,
Menjadi sebahagian cebisan kehidupan,
Jua kenangan sepanjang jalan.

Kau dan dia,
Puisi ini aku cipta,
Ikhlas buat anda berdua,
Moga kalian tidak lupa,
Memori kita bersama,
Jika halangan datang menduga,
Janganlah alpa dan putus asa,
Teruskan melakar impian kita,
Mengejar cita dan cinta,
Doaku agar kita bahagia,
Jauhi sengketa tingkatkan takwa,
Ingatlah satu perkara,
Kau ada aku dan aku punya dia!