search

Monday, 14 January 2013

~Siapa Salah Siapa Benar~


Assalamualaikum n salam sejahtera.

Rasanya semua sekarang dh kecoh2 isu Sharifah dan Bawani ni kan? Nampaknya semua tengah hot dekat si Sharifah tuh. Nampaknya semua dah keluarkn pendapat masing2..hot sgt dah aku tgk kt fb aku pun masing2 nk cakap pasal nih. Jap aku pun nak gak ahh bagi opinion. (nakk jugakk dia ponnn)
-  aku xnak komen pasal intipati apa yang dicakapkn oleh Madam Sharifah, xmenarik ponn...
- awal2 lagi dah terang lagi bersuluh nama program pun FORUM SUARA MAHASISWA, seiring mahasiswa dan politik. So, bagi aku, dah Bawani tu bersuara, dengar la dulu dia nak cakap apa kan.. Ini 'listen, listen, listen' tak menyempat2.. Sabooo la bagi kawan tu habes bersuara bagi pendapat dia.. Kalau asyek nak suruh dengar cakap awak  ja tukar la FORUM SUARA AWAK pulak okeh.
- dah la potong cakap mahasiswi tu, lepas tu malukan dia depan semua org, ramai pulak tu dlm dewan. aku rasa terhina nih. (dah kenapa pulakk aku yg rasa terhina nih).  Tak baik taw wat macam tuh. Huhuhu. Kalau xsetuju dengan pendapat Bawani, tolong la jawab dengan sebaik mungkin. Bukan seperti yg aku tengok kt video tuh, touching pulak aku tengok. Dah diberi kelebihan untuk bercakap, guna sebaik mungkin.
- Madam Sharifah muslim right? So tunjukkanlah akhlak yg islam ajar. Baru org respect.. Islam sama sekali melarang umatnya memperlekeh orang bukan islam...
- belajar terima pendapat orang.. kebanyakan manusia sekarang macam tu lah, terlalu yakin dengan pandangan n pendapat sendiri sampai snggup ketepikn pendapat org lain waima lebih baik. Sehebat-hebat khalifah islam Umar Al-Khattab pun, beliau memberi peluang kepada seorang wanita biasa mengeluarkan pendapat dan akhirnya beliau  mengakui bahawa pendapat wanita itu betul dan beliau salah.
- yang aku sedih jugak suasana dalam dewan tu sendiri, time mahasiswa/wi bertepuk tangan tanda setuju apa yang Madam Sharifah menyatakan hujah2 beliau. Cuba letakkan diri korang kat tempat Bawani, korang rasa malu x diperlakukan mcm tuh? Kalau xrasa xpa, its okay.
- aku x tahu which side yg betul, pada aku Bawani pun lpas ni kena belajar lg how to give your opinion, sebabnya aku dengar pn mcm xsedap jugak..nak bagi pendapat nada kena betul, n jangan terlalu emotional..kita bagi opinion dengan harapan org terima opinion kita, jadi mestila kena ckp sopan2 kan baru sedap org dengar..its not the easy talking about free in education. sistem ekonomi negara kita xsama ngn negara lain..dunia sekarang ni mana ada free..
- jangan mudah menilai kalau xtahu pucuk pangkalnya.. vdeo yg jd kontroversi tu part4 kan, kita xtgk lagi part 1, 2, 3.. so x wajar aku rasa as pemerhati luar nk drop komen2 yang terlalu negatif.. salahkn org nu salahkan org nih.. dont judge a book by its cover..
- banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada student UUM..Haa,, bab nih aku xsetuju sebab kengkawan aku belajar kt sana weyhh.. X adil la nk cakap macam tuh kan, jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..
..sekian....mintak maaf kalau ada kesalahan dalam menulis nih. ni semua luahan peribadi cik tembun ja,, xda kaitan ngn yg hidup ataupun yg dh meninggal dunia.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment