search

Wednesday, 30 January 2013

~Kisah Dia~


        Orang cakap,  kawan ketawa  mudah dicari, kawan menangis sukar didapati. Selama empat tahun aku belajar di sebuah kolej swasta di ibu kota, pelbagai ragam manusia dapat aku jumpa. Oh yaa, namaku Intan Sakinah. Mengambil jurusan Art and Design.  Kini aku bekerja di sebuah butik milik mak cik aku. Dulunya aku punya kawan karib, Balqis namanya. Insan pertama yang aku kenali semenjak mula melangkah kaki ke alam universiti. Dialah yang membuka mataku melihat warna-warni di dalam kehidupan realiti ini. Balqis merupakan rumate aku di kolej. Secantik namanya, seindah akhlaknya. Itu kata hatiku sewaktu di awal perkenalan kami. Bagi pandangan mataku, Balqis sempurna. Punya rupa paras yang ayu, punya akal yang bijaksana, punya keluarga yang kaya, dan punya segala benda yang aku tidak punya. Kadang kala perasaan iri menyelubungi hati dan jiwa raga ku. Tertanya pada diri sendiri mengapa aku tidak dilahirkan dalam kehidupan seperti Balqis. Bagai langit dengan bumi jika diriku dibandingkan dengan dirinya. Aku hanya anak penoreh getah. Ibu dan ayah bekerja siang malam hanya ingin membesarkan aku dan 6 orang adik. Lain pula dengan  Balqis, daddynya seorang usahawan berjaya manakala mamanya seorang peguam. Kata Balqis, dia anak tunggal dalam keluarga. ‘Tentu kehendak Balqis dipenuhi.’ Bisik hatiku suatu ketika dulu. Namun, kata orang, jangan sesekali membuat sebarang andaian. Don’t judge a book by it’s cover.
_________________________________________________________________________________
     “Hai, selamat pagi. Awak mesti rumate kite kan? Dah lame sampai?.” Soalku pertama kalinya aku sampai ke bilik K322. Kelihatan seorang gadis chinese look tengah mengemas almari pakaian.
“Eh, hai. Assalamualaikum. A’aa, saya baru 30minit sampai sini. By the way nama saya Balqis Ainina. Just called me Balqis.” Jawab gadis itu sambil menghulurkan salam perkenalan.
“Wassalam, maaflah kite ingat awak ni cina td, tu tak bagi salam tu. Nama kite Intan Sakinah. Awak panggil kite Kinah je.” Aku menyambut salam gadis itu sambil tersengih-sengih.
“Ohh, its okay. Memang ramai yang cakap saya ni cina. Tapi saya pure melayu la. Im from KL. Course business study. And you?”
“Owhh, kite dari Pahang. Ambil art and design. Tak same kos la kita eaa.”
Bermula dari detik perkenalan itu, hubungan aku dan Balqis semakin lama semakin akrab. Walaupun berbeza kos, kami sentiasa meluangkan masa bersama. Balqis aku anggap seperti kakak aku sendiri kerana aku tidak punya kakak. Dia sering menjaga aku seperti adiknya. Lagipun dia anak tunggal. Namun, kulihat Balqis tidak punya ramai kawan. Tidak ramai yang suka mendampingi dirinya. Balqis lebih suka bersendirian. Hanya Anis, rakan sekelas Balqis yang kadang kala mendampinginya. Tidak seperti diriku. Gadis yang diberi nama Intan Sakinah ini seorang gadis yang ramah tamah, happy go-lucky dan mudah berkawan dengan siapa saja.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Perangai Balqis semakin berubah. Dia rajin keluar malam. Tidak seperti dulu yang mana malamnya dihabiskan di perpustakaan. Aku heran dengan perubahan tersebut. Sesuatu yang aneh bagiku. Pelbagai persoalan yang bermain difikiranku. Namun, aku pendamkan saja. Padaku, dirinya berubah semenjak kemunculan seorang lelaki bernama Adib. Balqis pernah bercerita mengenai Adib kepadaku. Katanya, Adib anak kepada kawan daddynya. Seorang lelaki yang baru sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat belajar di Mesir. 
_________________________________________________________________________________

......to be continue.......

Tuesday, 22 January 2013

~Hatiku Terusik~


Assalamualaikum n salam sejahtera.

sekarang jam 3.59pagi.. wat apa xtidoq lagi nie? entahlah! malam2 cmnih sunyi, hati jadi pilu.ntah kenapa kan.. On facebook ternampak post kawan yg ada sahabat yg kemalangan di Melaka 6 Januari lalu dh kembali kerahmatullah pada 20Januari, ahad lepas. sesungguhnya aku langsung xmengenali arwah.. tapi hati ingin mengambil tahu..yaa, aku add seorang sahabat yg rapat dengan arwah hanya untuk lihat status2nya di fb, ternyata sahabat itu memang selalu update pasal arwah semenjak beliau kemalangan hinggalah arwah meninggal.. tersentuh hati ini melihat yang arwah seorang yg sgt manis, bertudung litup.. tentu baek dan solehah orangnya.. Tentu ramai orang sayang, tapi Allah lebih sayangkan dia. Benarlah orang ckp orang yang baek nih Allah jemput dia lebih awal..
mengikut apa yg dikongsikan oleh sahabat rapat arwah *aku baca di status fbnya*,  kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang.. arwah juga mengatakan dia xtakot mati sebab dia dah sedia.. arwah pernah cakap kat ayah dia yang dia xsempat nak dakwah banyak2 kat semua.. arwah pun dh mintak izin kepada ayah n ibunya untuk 'pergi' dulu.. Allah kuatnya iman mu sahabat.. semoga dipermudahkan perjalananmu ke sana..
kenapa la aku terasa sgt atas kehilangan arwah sedangkan aku langsung tidak mengenalinya. hati jadi sebak.. dah 4.30 xleh tido lg. ada kwn ckp kalau kita sedih, terasa, seolah2 kita mengenali seseorang itu sedangkan kita langsung xmengenalinya, sebenarnya kita sudah berjumpa dan mengenalinya semenjak di alam roh lagi. sebab tu kita terasa dekat.. betul ka??? wallahualam. aku xtahu...
terfikir juga aku apa amalan yg aku ada untuk aku bawa ke sana bila dijemputNya? nothing. Allah, jahilnya aku.. jika ditanya adakah aku takot mati?? 100% yess..aku takot mati.. aku xmampu nk jwb mcm arwah jwab bila ayahnnya tnya, "kakak xtakut mati ke?" dan jwpnnya, "x, kakak dah sedia"..arwah hebat.. dia dh mempersiapkan dirinya untuk kembali kepada pencipta-Nya. Allahuakhbar...

tenanglah kau di sana sahabat.. disamping pencipta-mu.. nanti aku akan menyusul.. moga aku dpt mempersiapkan diri untuk menghadapi ajalku.. Ya-Allah, aku hamba yang lemah,, yang sering lalai dengan suruhan-Mu,, bimbinglah dan iringlah kekuatan2 kepadaku,, kekuatan melwan segala nafsu2 hasutan syaitan,,hanya kau pemilik segala kekuatan dan hanya pada Engkaulah aku memohon. Ya Allah Tuhan yang berkuasa ke atas hati2 manusia,, yang berkuasa membolak-balikkan hati ini, janganlah Kau palingkan hatiku setelah Kau beri petunjuk dan hidayah-Mu padaku.

Al-fatihah buat arwah Siti Hajar bt. Sabir~~~~insyaallah syurga buatmu dik.. :(

Sekian. Wassalam..

Monday, 14 January 2013

~Siapa Salah Siapa Benar~


Assalamualaikum n salam sejahtera.

Rasanya semua sekarang dh kecoh2 isu Sharifah dan Bawani ni kan? Nampaknya semua tengah hot dekat si Sharifah tuh. Nampaknya semua dah keluarkn pendapat masing2..hot sgt dah aku tgk kt fb aku pun masing2 nk cakap pasal nih. Jap aku pun nak gak ahh bagi opinion. (nakk jugakk dia ponnn)
-  aku xnak komen pasal intipati apa yang dicakapkn oleh Madam Sharifah, xmenarik ponn...
- awal2 lagi dah terang lagi bersuluh nama program pun FORUM SUARA MAHASISWA, seiring mahasiswa dan politik. So, bagi aku, dah Bawani tu bersuara, dengar la dulu dia nak cakap apa kan.. Ini 'listen, listen, listen' tak menyempat2.. Sabooo la bagi kawan tu habes bersuara bagi pendapat dia.. Kalau asyek nak suruh dengar cakap awak  ja tukar la FORUM SUARA AWAK pulak okeh.
- dah la potong cakap mahasiswi tu, lepas tu malukan dia depan semua org, ramai pulak tu dlm dewan. aku rasa terhina nih. (dah kenapa pulakk aku yg rasa terhina nih).  Tak baik taw wat macam tuh. Huhuhu. Kalau xsetuju dengan pendapat Bawani, tolong la jawab dengan sebaik mungkin. Bukan seperti yg aku tengok kt video tuh, touching pulak aku tengok. Dah diberi kelebihan untuk bercakap, guna sebaik mungkin.
- Madam Sharifah muslim right? So tunjukkanlah akhlak yg islam ajar. Baru org respect.. Islam sama sekali melarang umatnya memperlekeh orang bukan islam...
- belajar terima pendapat orang.. kebanyakan manusia sekarang macam tu lah, terlalu yakin dengan pandangan n pendapat sendiri sampai snggup ketepikn pendapat org lain waima lebih baik. Sehebat-hebat khalifah islam Umar Al-Khattab pun, beliau memberi peluang kepada seorang wanita biasa mengeluarkan pendapat dan akhirnya beliau  mengakui bahawa pendapat wanita itu betul dan beliau salah.
- yang aku sedih jugak suasana dalam dewan tu sendiri, time mahasiswa/wi bertepuk tangan tanda setuju apa yang Madam Sharifah menyatakan hujah2 beliau. Cuba letakkan diri korang kat tempat Bawani, korang rasa malu x diperlakukan mcm tuh? Kalau xrasa xpa, its okay.
- aku x tahu which side yg betul, pada aku Bawani pun lpas ni kena belajar lg how to give your opinion, sebabnya aku dengar pn mcm xsedap jugak..nak bagi pendapat nada kena betul, n jangan terlalu emotional..kita bagi opinion dengan harapan org terima opinion kita, jadi mestila kena ckp sopan2 kan baru sedap org dengar..its not the easy talking about free in education. sistem ekonomi negara kita xsama ngn negara lain..dunia sekarang ni mana ada free..
- jangan mudah menilai kalau xtahu pucuk pangkalnya.. vdeo yg jd kontroversi tu part4 kan, kita xtgk lagi part 1, 2, 3.. so x wajar aku rasa as pemerhati luar nk drop komen2 yang terlalu negatif.. salahkn org nu salahkan org nih.. dont judge a book by its cover..
- banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada student UUM..Haa,, bab nih aku xsetuju sebab kengkawan aku belajar kt sana weyhh.. X adil la nk cakap macam tuh kan, jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..
..sekian....mintak maaf kalau ada kesalahan dalam menulis nih. ni semua luahan peribadi cik tembun ja,, xda kaitan ngn yg hidup ataupun yg dh meninggal dunia.

Wassalam.

Sunday, 13 January 2013

~Mati Itu Pasti~


Assalamualaikum n salam sejahtera.

Nak dijadikan cerita mlm tu aku buka fb, tetiba naik kt home aku kawan aku wat status yg dia rindu arwah Yasmin Hunwick. Memandangkan aku ni jenis yg prihatin kononnya terus sibuk2 nk tahu yang kawan aku tu rindu kt sapa? Sapa pulak si Yasmin ni? Mana la taw kot2 aku kenal ka kan. So aku pun xpulak tnya dia sapa itu Yasmin, aku dengan inisiatif sendiri taip la nama Yasmin kat google. appreciate sket usaha aku nih plezz.. Pastu.. ehh ehh ehh apasall byk sngt link yg tulis pasal Yasmin nieh? Ehhhhh nk klik mana 1 nieh..dah gelabahh..*overr pulak*..aku pun klik 1 persatu..rajin gila weyh aku klik smua link yg cerita pasal Yasmin nieh.. Xsangka aku rajin sampai cmtu sekali.. Nak amek tahu pasal org yang aku xkenal pulak tuh.. bz body sket malam nieh..Macam xpenting ja rasa. Tapi HATI AKU NI LAH YG CAKAP NAK TAHUUUU ….aku pun terpaksa la layan kerenah hati aku nieh,,, dari link ke link akhirnya aku jumpa link sapa entah yg cerita flow hari2 terakhir si Yasmin.. Pastu dr situ ada link ke blog Yasmin. Haaaaa,, dh jumpa blog Yasmin, apalagi memang aku close la blog2 yg lain..hehe
Owhh, now blog tu mama arwah yg amek alih skrg..Aku xsedih lg wktu nih. Pada aku, dah nk wat cmna dh ajal dia. Then aku pun layan la fb aku tuh, termenung sejam dua bukannya buat apa pun, skrol dr atas smpai bwh.. ulangg balikk cam org xdak arah.
tetiba...dup..dupp..duppp... haishhh hati aku nih ckp yg dia nk taw pasal arwah. ngengada kan.. so aku pun buka la blog arwah.. aku bc entry yg mama arwah rindu kt arwah tuh,..*yg tadi bukak jaa xbc pon..cm pa lagi kan..heheh..ha,,,wktu tu hati aku dh terusikk,, cewahhh.. hati keibuan aku dh menunjukkan perasaannya.hehe.

Okehh, lets start... yes i admit hati aku terpanggil untuk mengenali siapa arwah nieh. sebab tu aku baca blog dia,. mula2 baca random mengikut tajuk yg best.. malam pertama aku baca tu sampai ke pagi juga la baru tido, pastu sambung untuk hari2 berikutnya sampai la semua entry arwah aku dh baca. Arwah memang cukup pakej la, cantik+bijak+sopan semua lah. xperlu aku huraikan lagi memandangkan dah terlalu banyak yang menceritakan tentang arwah. mungkin mereka lebih mengenali arwah jadi biarlah mereka berbicara. Tapi pada aku yang langsung xmengenali who is Yasmin, aku pun setuju apa yang blogger2 lain tulis tentang arwah. Mama arwah beruntung punya anak mcm arwah. Tapi benda yang bagus Allah xpinjamkan lama2. Macam kehidupan kita juga, kalu kita nak bagi org pinjam barang yang paling cantik+bagus, sure kita bagi dia pinjam sekejap je kan. xleh lama2. Macam tu jugak lah arwah, Allah pinjam kan dia untuk mama papa dia xlama, 17tahun sebab Allah lebih sayangkan dia. Apa yang aku dapat katakan, mama arwah tabah orangnya, sebab apa? sebab mama arwah sampai sekarang ikhlas mendengar org berbicara tentang anak dia. Kebanyakan orang yang hilang ahli keluarga selalunya xkan bercakap dah tentang apa yg terjadi semua tuh, sebab nanti mereka sedih sebab teringat. Tapi tengoklah kuatnyaa mama arwah kan..

Seriously, mula2 aku fikir jugak wajarkah mama arwah continue blog arwah? pentingkah kewujudan page territory Yasmin kt fb tu?. mula2 aku rasa xperlu sebab arwah dah xde. (haa,,tu nk hentam aku la tuh aku ckp cmtuh).. Pastu aku terfikir kalau xda blog arwah n page tuh aku takkan kenal si Yasmin nih. Blog n page tu pun bukan saja nk mengingati arwah Yasmin, tapi dapat beri kita iktibar untuk yang membaca. Contohnya, ketika dan selepas mengetahui tentang arwah, (bagi contoh aku senang sket kan, sbb lain org lain rasanya), surely the 1st time came in my mind is ajal maut rahsia Allah. Aku xtahu bila ajal aku. Takut juga sebab bekalan aku memang xckup lagi nak bawak ke alam sana. So, aku kena prepare, semua orang kena prepare. Ajal datang bila2 masa xcepat xlambat.. Jangan ditanya bila kita akan mati sebab itu dah pasti, tapi fikir dalam keadaan mcm mana Allah nk jemput kita nnt. Be prepared!!!
Kemudian, aku search tentang malam pertama di alam kubur. aku search juga tentang macam2 arhh aku search, cuma dengan perasaan ingin tahu.. Ilmu kan?? ilmu perlu dicari, dia xkan datang sendiri..
Even ramai orang dah tahu, aku nak bagitahu jugak supaya setiap malam amalkn baca surah AL-MULK..
insyaallah terlepas seksa kubur, dlu ustazah aku suruh hafal sebab nnt diambil kira dalam markah exam. Jadi setiap pagi n sebelum tidur mmg bertungkus lumus la hafal. Lepas hafal kat ustazah terus tinggal, kiranya dah tak menjadi amalan *besa la budak2 lagi time tuh, wat sebab exam*. Then,of course la dah lupa. Sekarang baru terasa ruginyaaaaaa dlu dah hafal tapi biar mcm tu ja. Sekarang dah xingat, kalu nak baca kena la buka al-quran semula cr surah al-mulk.
So, nampak tak relevannya kewujudan blog n page arwah tu? bagi aku ia relevan sebab dapat tarik kita untuk jadi yang lebih baik.. kalau x jadi pun, cukup sekadar ia dapat membuatkan kita terfikir untuk menjadi lebih baik.
I pray for Yasmin and i know she more happiest over there now. Hope family arwah pun lebih tabah hari demi hari.
 #also pray for my sis's fren yang juga meninggal dalam kemalangan awal september lalu, arwah accident bersama my sis but Allah knows we still need my sis. Syukur my sis dh sembuh dr accident tu.#

Remember : ALLAH TAK AKAN DUGA HAMBA2 NYA DI LUAR KEMAMPUAN KITA. ALLAH KNOWS THE BEST.

Wassalam.


Tuesday, 1 January 2013

~Tahun Baru Perlu Azam Baru?~


Assalamualaikum n salam sejahtera...

WELCOME 2013
Selamat Tahun Baru Semua.. Malam tahun baru aku kt rumah ja taw,, pom pang pom pang bunga api aku dengar, cepat2 tengok kt tingkap bilik aku. Nampak la bunga api.. yeahh... itu jaa.. hambar kan?? tengok ikot tingkap jah, tu nasib baik la nmpk,,hhahaha,, xdak makna aku nak pi sambut semua tuh. Aku bukan rajin sangat nk keluar2 nih, cewahh... Malam tahun baru aku kat bilik layan FB.. tengok status semua pasal azam baru la kan kebanyakan nya. Azam itu ini pom pang pom pang azam bukan main lagi.. Jeles aku sebenarnya nih, bukannya apa, sebab aku ni jenis yang x berazam mengikut tahun. Itu yang jeles lebih tuh. Aku punya style berazam tuh xikot tahun, kalu aku wt 1 azam tuh, selagi xtercapai azam tuh, aku x wat la azam yg laen. Itu yang tengah2 tahun baru nk wat azam baru. Okeh la kan cmtu pun kan? Pada aku xperlu tunggu tahun baru baru nak berazam2 bagai, hari2 pun boleh berazam untuk jd yang terbaek kan.. Pastu aku rasa kan, tahun baru kita masa 1Muharam dulu tu yg tahun baru. Bukannya 1Januari..Bukan 1Januari nak baca doa awal tahun, kita baca doa awal tahun masa malam 1Muharam tuh.. Tapi xpelah yang pasti tahun baru nih masing2 akan jadi manusia yang lebih baikkk...Segala kesilapan atau kekhilafan yang kita buat pada 2012 dulu kita lupa.. Jangan pandang belakang kan orang selalu cakap.. Tapi pada aku kadang2 kita kena toleh kejap belakang, kejappp je taw..supaya kita leh tengok balik apa silap kita dulu, pastu kita cuba perbaiki dari ke hari.. Kalu xpandang langsung, aku takut nnt kita lupa pastu akan wat lagi kesilapan yang sama.. Okeh, mari menjadi manusia yang baik. aku doakan semua jadi yang terbaik taw. pastu doakan la aku sekali..hehhehe..

Wassalam

Sunday, 30 December 2012

~Fikir Dulu Sebelum Kawen~


Assalamualaikum n salam sejahtera..
Aku baca paper metro smlm, muka depan story pasal "Surirumah 17 Tahun Maut Dipukul Suami".
Okeh, story tu buat aku sedar yg sebelum melangkah ke alam perkahwinan, KEMATANGAN itu sangat penting dan perlu okeh.. Sedih, baru 6 bulan kahwen, dh maut sebab sedikit salah paham jah. Perkahwinan tu didirikan untuk kita lahirkan generasi akan datang, ini tidak, dh jadi bunuh2 pulak..Yaa,, mungkin dah sebab ajal dia kan. Tapi itu lah, seharusnya dalam rumah tangga kena ada tolak ansur, kalu bergaduh tu kena settle slow2 la.. aku xkawen lagi, so maybe aku xtaw kan. Aku masa umur 17 tahun pun xreti apa pun lagi, xmature lagi aku umur cmtuh.. Kawen awal bagi aku bagus jugak untuk elakkan maksiat,lagipun kalu dh sampai seru mana leh lawan takdir kan, tapi pokok pangkalnya ilmu rumah tangga kena ada, kematangan kena ada. Memang ramai nak kawen muda, tapi xsemua mampu kawen di usia muda..Jangan sebab kawan2 dh kawen, kita pun rasa nak kawen.. Kena tahu dan kena ambik tahu yang besarrrrr gila tanggungjawab seseorg tuh apabila dh melangkah ke alam perkahwinan.. Kena tahu tanggungjawab masing2 xkira laki or perempuan.. Jangan pandang remeh bab2 tanggungjawab nih taw.. Tanya diri sendiri dulu mampu x aku ni kawen awal? mampu x aku ni pikul tanggungjawab nanti? Mampu x aku ni urus rumahtangga nanti? Mampu x aku bimbing isteri aku nanti? Mampu x aku jadi suami yang terbaek? Mampu x aku jadi isteri yang terbaek? n banyak persoalan lagi yang harus difikirkan.. Kalau mampu just go on,, kalu belum mampu xpa, persiapkan diri untuk jadi mampu.. Belajar lagi.. Jangan nak exam ja baru nak belajar.. Nak kawen pun kena banyak belajar taw..Ilmu rumahtangga kena ada, kena cari. Baru boleh dirikan rumahtangga yang aman damai n diredhai.. Jangan terburu2.. Allah dh tentukan jodoh kita.. Ajal maut, rezeki, jodoh smua Allah dh tentukan.. Kita doa n usaha.. We do the best, Allah do the rest.. Nice....
Btw, skrg ujung2 tahun ni mmg musim org kawen la kan, kawan2 aku ramai yg dh brtunang n dh kawen, n yg dh pregnant punada..wahhhh,,,aku pulak excited ni weyh..seronokk tgk org kawen, cantekk..hehhe...pastu dah pegi kenduri, mula la masing2 tanya sesama sendiri giliran sapa pulak lepas nih...aduhaiiii,, aku pun xtaw lah...belum ada jodoh lagi la.. kan soal jodoh tu Allah ja yg tahu.. tanya aku memang sure la aku xtahu..hehe...
Kepada yang ada dah ada calon tuh, boleh la merancang untuk ke fasa seterusnya,, memang kita hanya mampu merancang dan Allah yang tentukan.. Memang perancangan Allah itu yang terbaek.. Tapi berdoalah moga perancangan kita tu seiring dengan perancangan Allah...Insyaallah..

Wassalam...

Thursday, 27 December 2012

~Bukan Memilih Kerja Tapi Mengejar Cita-cita~



Assalamualaikum n salam sejahtera...

Amboihhhhh tajuk.. Aku dari start menaip balik nieh asyik cakap pasal keja ja kan?? Almaklumlah dah 2 month grad tapi still xdpt keja lagi. Baru skrg rasa mcm mana rasa susahnya nk dpt keja n duitt!! Stress ke kak xdpt keja? For me, aku xdak la stress sgt, cause i'm already set in my mind that sampai masa rezeki  untuk aku akan tiba jugak nanti. Tapi yg xbest tuh bilamana mak ayah xcakap pape pun, tetiba org luar pulak yg trlalu caring tanya why xkeja lagi?? adoihh, kalau tanya saja xpa, ini cakap kita memilih keja pulak. itu yg xbest tuh..
Okeh, macamnih..dekat Malaysia ni mmg banyak kerja kosong sebenarnya. Tapi jgn la cakap dekat org yg still xdapat keja tu 'memilih kerja sgt, itu yg xkeja2 lagi tuh'. Jangan!! Bukan maksud dia nk memilih pekerjaan. Bukan macamtuh.. (ehh,,mcm defend diri je nih..hehe).. tak lah, pada pendapat aku, mereka bukan memilih kerja tapi mengejar cita2..mcm aku sendiri la kan, aku ni bukan memilih pekerjaan, cumanya aku kalau boleh n diizinkan, aku nak la keja yg berkaitan dengan kos yg aku amek kt U dulu.hehe
Okeh, berbalik kepada tajuk..mcm ni sebenarnya, sesetengah org tuh mmg dh ada cita2 n impian dia dari dulu lagi..so berbekalkan semangat, mereka ni study smart n hard untuk capai apa yg mereka nak.. contohnya, org tu nk jadi chemist.. So, dia study, study n study smpai la dia dh genggam ijazah dalam bidang yg dia nak tuh. dia dh grad la kiranya.. skrg dia tengah cari kerja. *dia yg disebutkn itu bukan aku taw* :-) cari punya cari, n dia pun sedar banyak gilerrr peluang pekerjaan kt malaysia nieh.. akan tetapi. peluang untuk menjadi chemist ataupun yg ada kaitan ngan chemistry sgt la sikit (ni contoh je taw sbb byk je job vacancy yg related to chemistry).. yang banyaknya kerja operator, pmbantu takbir n so on la yg mmg xda kaitan ngan bidang dia tuh. memandangkan dia pun bukanlah memilih sgt kerja, dia pun apply la kerja trsebut untuk sementara waktu. tunggu dan tunggu, xdapat jugak. okeh, bukan salah dia pun kan. dh bukan rezeki.
Okeh, skrg aku imagine yg aku ni boss company2 kt luar sana la,, in case aku nk amek pekerja pun, of course aku nak cari someone yg ada xperience n yg study pasal sesuatu pekerjaan tuh. contohnya kalau nk cr akauntan, sure la nak yg ada degree in accountancy. so kalu si dia yg ada degree in chemistry tu, xkan la boss nak amek jadi akauntan kan..? Betol x?. kesimpulannya, si dia tadi diisytiharkan masih xdapat kerja dan masih mencari kerja yg bukan sesuai dengan dirinya, tapi sesuai dengan kos yg dia dh amek kt U. Jadi, isu memilih pekerjaan nih bukan ada pada semua org okeh,,sesetengah org tu mungkin lah, tp x semua. Dah tu, jgn la kita ckp kat kengkawan kita yg masih penganggur tu memlilih kerja. maybe dia ada matlamat dia sendiri dan yang pasti mungkin belum rezeki dia lagi.. sekian. akhir kata, aku doakan semua kawan2 aku dapat apa yg mereka nakk..gudluck..

Wassalam..