search

Thursday 31 January 2013

~Jangan Biarkan Mak Ayah Sunyi~

Assalamualaikum n salam sejahtera.

Sesampainya aku ke rumah kawan mak aku, kami pun dijemput masuk. Aku biarkan mak aku bersembang dengan makcik tersebut. Makcik ni la wife pakcik Abu Hasan yang serabut cari ghumah x jumpa tuh..hehe..Aku pulak duduk sambil busy belek2 enset aku walhal xdak pa pa pun. Just acting like i don't hear what they talking about. hehe..*padahal sure2 la dgr kan,,bukan dok jauh pun*
Then i heard some dialog that touching me..

makcik : aku sunyi hang taw dak, hang xpa la ada anak2 kat ghumah.

mak : eh, xdak aih..nih sorang ja ada kat ghumah. *sambil tgk2 aku,,aku lak still wat xdgq,,mata fokus kat nset*

makcik : anak2 aku semua qeja jauh, nnt raya cina depa kata nak balik tidoq sini dalam semalam dua.

mak : hmm, ni dia lepas nih nak masuk belajaq balik, xdak sapa la,,dia la dok p amek adek dia balik skolah,,nanti tinggai sorg tu ja la,,tu pun pi skolah, dok sorg jugak kita pun kt ghumah.hahaha

makcik : tu la noh, aku kadang tidoq,,pastu bangun,, xdak nak watpa tidoq balik..sunyi ang taw.

mak : kami pun bukan dok watpa, pusing rumah tengok pokok2 bunga..

makcik : xpa la ang jenis minat pokok2 nih,, aku xdak pa aih, dok dalam ghumah ja la,,kdg keluaq pi sembang2 kok luaq nuh.

aku : mak, orang balik dulu nah, satgi kat pukoi 12 orang mai amek xpa dak? 'aku mintak izin balik dulu sebab aku rasa kalu aku xdak mesti depa lagi bebas untuk bersembang'.

Aku pun pulang ke rumah, pastu terngiang2 perbualan mak n makcik tadi. Terdetik kat hati kesian makcik tuh, dia sunyi.. yelah anak2 semua keja jauh..bila dah keja nih paham2 jelah, bukannya selalu sangat dapat cuti kan.. Terfikir jugak perasaan mak ayah aku bila kami adek beradek dah keja nanti macammana. sekarang semua masih study, kakak aku kat penang, aku kat bangi, adek aku sorang kat kedah, sorang kt perlis, n yg bongsu baru form2.. Nasib adik2 dekat, selalu jugak balik rumah kalu cuti.. 

Nanti kalu dah habis belajar, aku kalu boleh nak cari kerja yang dekat ja dengan mak ayah, tapi memang susah sikit la, sebabnya peluang pekerjaan yang related dengan kos yang aku ambik nih x banyak kat utara.. Tapi rezeki Allah tu kan luas, mana la tahu kan..senang sikit dapat keja dekat2, boleh balik selalu,, xdelah mak ayah kita sunyi sangat kan..rasanya semua orang pun fikir macam tu jugak kan.. tapi xtahu la kalau2 ada jugak orang yang suka keja jauh2 dari mak ayah. sesetengah orang tuh kalau nak cari kerja mesti nak dekat2 dengan gf/bf..konon2nya nanti kawen senang...alasannn...macam konfirm ja akan kahwennn kan..tak terfikir langsung yang mak ayah kat rumah tu kalau boleh xnak berjauhan dengan anak2 dia..anak2 ja yang lupa semua tuh..walhualam

Niat tu yang penting, kalau niat kita baek, Allah akan tolong, fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, mintak yang baik-baik, sangka yang baik-baik, insyaallah yang kita dapat nanti pasti yang baik-baik.
Ingat, mak ayah tu permulaan hidup kita. Jangan la abaikan mak ayah.. kita berjaya pun sebab mak ayah yang susah payah hantar kita pegi sekolah,,suruh cari ilmu,, supaya kita pandai nanti, dapat keja bagus.. Tanpa mak ayah kita bukan sesiapa..remember that!! Peringatan untuk diri sendiri jugak...


Wassalam.

~Silap Orang~

Assalamualaikum n salam sejahtera.

Pagi2 lagi mak dah kejutkan aku suruh hantaq dia pi umah kawan, eh kawan ka sdara mara ka ntah.. aku bukan kenai sgt.. aku pun terkedek-kedek la bangun mandi semua siap teruss broomm  brooomm amek skuter nak pi hantaq..

"jom mak, umah orang tu kata mana?"

"xpa, jom kita pi kat kampung belakang tu dulu, makpun xtaw ghumah dia kat mana". *tanpa rasa bersalah jawab cmtu*

"okeh"........ 'xcited  mak aku nk p umah org tp xtaw umah tang mana'

"sat2, beghenti sat nak pi tanya orang tu sat"

"tumpang tanya, kenai dak Haji Mael? Taw dak ghumah dia tang mana?"

"Hj Mael? Qeja apa? Perasan xdak kampung nih nama Hj Mael"

".. bla...blaa..blaaa....oke tima kasih nah.."

Perjalanan diteruskan, ulang alik peghabeh minyak cari ghumah Hj Mael....

"mak, tu ada mkcik tu dok bakaq sampah, try p tnya dia pulak."

"assalamualaikum, tumpang tanya ghumah Hj Mael tang mana xtaw?"

"Hj Mael?"    'muka pelik'

Mak aku pun describe la pasai Hj Mael nih bla... blaa....blaaa....last2 xdak org kenai jugak.

"pastu nih cmna? balik ah jom".

"sat2, mak nak tepon mak wa sat tanya tang mna ghumah Hj Mael nih, dia kata kot ni kot ni jah".

"okeh"...

"hello kak, ni kat mana ghumah Hj Mael? Kami kat kampung belakang nih dah, xdak sapa kenai pon."

"Hj Mael mana pulak hang nih? Kak pun xkenai aihh."

'ahhhhh sudahhh, mak aku cari ghumah sapa nih sampai mak wa aku pun xkenai jugak'

"Lah, yang baru menikah tuh, bla...blaa...bla...*describe*...kak kata kot ni ja ghumah dia, kami tanya org pakat xkenai pon."

"hishhh,,,Hj Mael mai mana? Tu Abu Hassan...hang tanya semua kenai aihh dia,, 1 kampung tu adek bradek depa semua"

'kahkahkahh,,mak aku boleh dok silap org pulak,,xfokus letteuw...kuii3...'

"patot xdak org kenai,,jom pi tanya makcik td balik, tu dia dok bakaq sampah xabeh lagi".

broommm broommmm......

"dak ni, bukan Hj Mael,...Abu Hasan...hahhaa...kat mana ghumah dia?"

"haa,,tu dok berasa dah tadi,, jalan ceghita tu mcm abu hasan,..nuhh ghumah dia hujung nuh...abu hasan tu abang saya".

"hehheh,,okeh2,,tima kasehh nahh".

Maka, sampai la kami ke rumah yang hendak dituju..Alhamdulillah..

Tapi bukan ni yang aku nak ceghita.. ni selingan sajooo.... Apa yang aku nak sampaikan aku akan tulis untuk post seterusnya..Pasai mak+ayah+anak+kerja......

Wassalam.

Wednesday 30 January 2013

~Kisah Dia~


        Orang cakap,  kawan ketawa  mudah dicari, kawan menangis sukar didapati. Selama empat tahun aku belajar di sebuah kolej swasta di ibu kota, pelbagai ragam manusia dapat aku jumpa. Oh yaa, namaku Intan Sakinah. Mengambil jurusan Art and Design.  Kini aku bekerja di sebuah butik milik mak cik aku. Dulunya aku punya kawan karib, Balqis namanya. Insan pertama yang aku kenali semenjak mula melangkah kaki ke alam universiti. Dialah yang membuka mataku melihat warna-warni di dalam kehidupan realiti ini. Balqis merupakan rumate aku di kolej. Secantik namanya, seindah akhlaknya. Itu kata hatiku sewaktu di awal perkenalan kami. Bagi pandangan mataku, Balqis sempurna. Punya rupa paras yang ayu, punya akal yang bijaksana, punya keluarga yang kaya, dan punya segala benda yang aku tidak punya. Kadang kala perasaan iri menyelubungi hati dan jiwa raga ku. Tertanya pada diri sendiri mengapa aku tidak dilahirkan dalam kehidupan seperti Balqis. Bagai langit dengan bumi jika diriku dibandingkan dengan dirinya. Aku hanya anak penoreh getah. Ibu dan ayah bekerja siang malam hanya ingin membesarkan aku dan 6 orang adik. Lain pula dengan  Balqis, daddynya seorang usahawan berjaya manakala mamanya seorang peguam. Kata Balqis, dia anak tunggal dalam keluarga. ‘Tentu kehendak Balqis dipenuhi.’ Bisik hatiku suatu ketika dulu. Namun, kata orang, jangan sesekali membuat sebarang andaian. Don’t judge a book by it’s cover.
_________________________________________________________________________________
     “Hai, selamat pagi. Awak mesti rumate kite kan? Dah lame sampai?.” Soalku pertama kalinya aku sampai ke bilik K322. Kelihatan seorang gadis chinese look tengah mengemas almari pakaian.
“Eh, hai. Assalamualaikum. A’aa, saya baru 30minit sampai sini. By the way nama saya Balqis Ainina. Just called me Balqis.” Jawab gadis itu sambil menghulurkan salam perkenalan.
“Wassalam, maaflah kite ingat awak ni cina td, tu tak bagi salam tu. Nama kite Intan Sakinah. Awak panggil kite Kinah je.” Aku menyambut salam gadis itu sambil tersengih-sengih.
“Ohh, its okay. Memang ramai yang cakap saya ni cina. Tapi saya pure melayu la. Im from KL. Course business study. And you?”
“Owhh, kite dari Pahang. Ambil art and design. Tak same kos la kita eaa.”
Bermula dari detik perkenalan itu, hubungan aku dan Balqis semakin lama semakin akrab. Walaupun berbeza kos, kami sentiasa meluangkan masa bersama. Balqis aku anggap seperti kakak aku sendiri kerana aku tidak punya kakak. Dia sering menjaga aku seperti adiknya. Lagipun dia anak tunggal. Namun, kulihat Balqis tidak punya ramai kawan. Tidak ramai yang suka mendampingi dirinya. Balqis lebih suka bersendirian. Hanya Anis, rakan sekelas Balqis yang kadang kala mendampinginya. Tidak seperti diriku. Gadis yang diberi nama Intan Sakinah ini seorang gadis yang ramah tamah, happy go-lucky dan mudah berkawan dengan siapa saja.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Perangai Balqis semakin berubah. Dia rajin keluar malam. Tidak seperti dulu yang mana malamnya dihabiskan di perpustakaan. Aku heran dengan perubahan tersebut. Sesuatu yang aneh bagiku. Pelbagai persoalan yang bermain difikiranku. Namun, aku pendamkan saja. Padaku, dirinya berubah semenjak kemunculan seorang lelaki bernama Adib. Balqis pernah bercerita mengenai Adib kepadaku. Katanya, Adib anak kepada kawan daddynya. Seorang lelaki yang baru sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat belajar di Mesir. 
_________________________________________________________________________________

......to be continue.......

Tuesday 22 January 2013

~Hatiku Terusik~


Assalamualaikum n salam sejahtera.

sekarang jam 3.59pagi.. wat apa xtidoq lagi nie? entahlah! malam2 cmnih sunyi, hati jadi pilu.ntah kenapa kan.. On facebook ternampak post kawan yg ada sahabat yg kemalangan di Melaka 6 Januari lalu dh kembali kerahmatullah pada 20Januari, ahad lepas. sesungguhnya aku langsung xmengenali arwah.. tapi hati ingin mengambil tahu..yaa, aku add seorang sahabat yg rapat dengan arwah hanya untuk lihat status2nya di fb, ternyata sahabat itu memang selalu update pasal arwah semenjak beliau kemalangan hinggalah arwah meninggal.. tersentuh hati ini melihat yang arwah seorang yg sgt manis, bertudung litup.. tentu baek dan solehah orangnya.. Tentu ramai orang sayang, tapi Allah lebih sayangkan dia. Benarlah orang ckp orang yang baek nih Allah jemput dia lebih awal..
mengikut apa yg dikongsikan oleh sahabat rapat arwah *aku baca di status fbnya*,  kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang.. arwah juga mengatakan dia xtakot mati sebab dia dah sedia.. arwah pernah cakap kat ayah dia yang dia xsempat nak dakwah banyak2 kat semua.. arwah pun dh mintak izin kepada ayah n ibunya untuk 'pergi' dulu.. Allah kuatnya iman mu sahabat.. semoga dipermudahkan perjalananmu ke sana..
kenapa la aku terasa sgt atas kehilangan arwah sedangkan aku langsung tidak mengenalinya. hati jadi sebak.. dah 4.30 xleh tido lg. ada kwn ckp kalau kita sedih, terasa, seolah2 kita mengenali seseorang itu sedangkan kita langsung xmengenalinya, sebenarnya kita sudah berjumpa dan mengenalinya semenjak di alam roh lagi. sebab tu kita terasa dekat.. betul ka??? wallahualam. aku xtahu...
terfikir juga aku apa amalan yg aku ada untuk aku bawa ke sana bila dijemputNya? nothing. Allah, jahilnya aku.. jika ditanya adakah aku takot mati?? 100% yess..aku takot mati.. aku xmampu nk jwb mcm arwah jwab bila ayahnnya tnya, "kakak xtakut mati ke?" dan jwpnnya, "x, kakak dah sedia"..arwah hebat.. dia dh mempersiapkan dirinya untuk kembali kepada pencipta-Nya. Allahuakhbar...

tenanglah kau di sana sahabat.. disamping pencipta-mu.. nanti aku akan menyusul.. moga aku dpt mempersiapkan diri untuk menghadapi ajalku.. Ya-Allah, aku hamba yang lemah,, yang sering lalai dengan suruhan-Mu,, bimbinglah dan iringlah kekuatan2 kepadaku,, kekuatan melwan segala nafsu2 hasutan syaitan,,hanya kau pemilik segala kekuatan dan hanya pada Engkaulah aku memohon. Ya Allah Tuhan yang berkuasa ke atas hati2 manusia,, yang berkuasa membolak-balikkan hati ini, janganlah Kau palingkan hatiku setelah Kau beri petunjuk dan hidayah-Mu padaku.

Al-fatihah buat arwah Siti Hajar bt. Sabir~~~~insyaallah syurga buatmu dik.. :(

Sekian. Wassalam..

Monday 14 January 2013

~Siapa Salah Siapa Benar~


Assalamualaikum n salam sejahtera.

Rasanya semua sekarang dh kecoh2 isu Sharifah dan Bawani ni kan? Nampaknya semua tengah hot dekat si Sharifah tuh. Nampaknya semua dah keluarkn pendapat masing2..hot sgt dah aku tgk kt fb aku pun masing2 nk cakap pasal nih. Jap aku pun nak gak ahh bagi opinion. (nakk jugakk dia ponnn)
-  aku xnak komen pasal intipati apa yang dicakapkn oleh Madam Sharifah, xmenarik ponn...
- awal2 lagi dah terang lagi bersuluh nama program pun FORUM SUARA MAHASISWA, seiring mahasiswa dan politik. So, bagi aku, dah Bawani tu bersuara, dengar la dulu dia nak cakap apa kan.. Ini 'listen, listen, listen' tak menyempat2.. Sabooo la bagi kawan tu habes bersuara bagi pendapat dia.. Kalau asyek nak suruh dengar cakap awak  ja tukar la FORUM SUARA AWAK pulak okeh.
- dah la potong cakap mahasiswi tu, lepas tu malukan dia depan semua org, ramai pulak tu dlm dewan. aku rasa terhina nih. (dah kenapa pulakk aku yg rasa terhina nih).  Tak baik taw wat macam tuh. Huhuhu. Kalau xsetuju dengan pendapat Bawani, tolong la jawab dengan sebaik mungkin. Bukan seperti yg aku tengok kt video tuh, touching pulak aku tengok. Dah diberi kelebihan untuk bercakap, guna sebaik mungkin.
- Madam Sharifah muslim right? So tunjukkanlah akhlak yg islam ajar. Baru org respect.. Islam sama sekali melarang umatnya memperlekeh orang bukan islam...
- belajar terima pendapat orang.. kebanyakan manusia sekarang macam tu lah, terlalu yakin dengan pandangan n pendapat sendiri sampai snggup ketepikn pendapat org lain waima lebih baik. Sehebat-hebat khalifah islam Umar Al-Khattab pun, beliau memberi peluang kepada seorang wanita biasa mengeluarkan pendapat dan akhirnya beliau  mengakui bahawa pendapat wanita itu betul dan beliau salah.
- yang aku sedih jugak suasana dalam dewan tu sendiri, time mahasiswa/wi bertepuk tangan tanda setuju apa yang Madam Sharifah menyatakan hujah2 beliau. Cuba letakkan diri korang kat tempat Bawani, korang rasa malu x diperlakukan mcm tuh? Kalau xrasa xpa, its okay.
- aku x tahu which side yg betul, pada aku Bawani pun lpas ni kena belajar lg how to give your opinion, sebabnya aku dengar pn mcm xsedap jugak..nak bagi pendapat nada kena betul, n jangan terlalu emotional..kita bagi opinion dengan harapan org terima opinion kita, jadi mestila kena ckp sopan2 kan baru sedap org dengar..its not the easy talking about free in education. sistem ekonomi negara kita xsama ngn negara lain..dunia sekarang ni mana ada free..
- jangan mudah menilai kalau xtahu pucuk pangkalnya.. vdeo yg jd kontroversi tu part4 kan, kita xtgk lagi part 1, 2, 3.. so x wajar aku rasa as pemerhati luar nk drop komen2 yang terlalu negatif.. salahkn org nu salahkan org nih.. dont judge a book by its cover..
- banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada student UUM..Haa,, bab nih aku xsetuju sebab kengkawan aku belajar kt sana weyhh.. X adil la nk cakap macam tuh kan, jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..
..sekian....mintak maaf kalau ada kesalahan dalam menulis nih. ni semua luahan peribadi cik tembun ja,, xda kaitan ngn yg hidup ataupun yg dh meninggal dunia.

Wassalam.

Sunday 13 January 2013

~Mati Itu Pasti~


Assalamualaikum n salam sejahtera.

Nak dijadikan cerita mlm tu aku buka fb, tetiba naik kt home aku kawan aku wat status yg dia rindu arwah Yasmin Hunwick. Memandangkan aku ni jenis yg prihatin kononnya terus sibuk2 nk tahu yang kawan aku tu rindu kt sapa? Sapa pulak si Yasmin ni? Mana la taw kot2 aku kenal ka kan. So aku pun xpulak tnya dia sapa itu Yasmin, aku dengan inisiatif sendiri taip la nama Yasmin kat google. appreciate sket usaha aku nih plezz.. Pastu.. ehh ehh ehh apasall byk sngt link yg tulis pasal Yasmin nieh? Ehhhhh nk klik mana 1 nieh..dah gelabahh..*overr pulak*..aku pun klik 1 persatu..rajin gila weyh aku klik smua link yg cerita pasal Yasmin nieh.. Xsangka aku rajin sampai cmtu sekali.. Nak amek tahu pasal org yang aku xkenal pulak tuh.. bz body sket malam nieh..Macam xpenting ja rasa. Tapi HATI AKU NI LAH YG CAKAP NAK TAHUUUU ….aku pun terpaksa la layan kerenah hati aku nieh,,, dari link ke link akhirnya aku jumpa link sapa entah yg cerita flow hari2 terakhir si Yasmin.. Pastu dr situ ada link ke blog Yasmin. Haaaaa,, dh jumpa blog Yasmin, apalagi memang aku close la blog2 yg lain..hehe
Owhh, now blog tu mama arwah yg amek alih skrg..Aku xsedih lg wktu nih. Pada aku, dah nk wat cmna dh ajal dia. Then aku pun layan la fb aku tuh, termenung sejam dua bukannya buat apa pun, skrol dr atas smpai bwh.. ulangg balikk cam org xdak arah.
tetiba...dup..dupp..duppp... haishhh hati aku nih ckp yg dia nk taw pasal arwah. ngengada kan.. so aku pun buka la blog arwah.. aku bc entry yg mama arwah rindu kt arwah tuh,..*yg tadi bukak jaa xbc pon..cm pa lagi kan..heheh..ha,,,wktu tu hati aku dh terusikk,, cewahhh.. hati keibuan aku dh menunjukkan perasaannya.hehe.

Okehh, lets start... yes i admit hati aku terpanggil untuk mengenali siapa arwah nieh. sebab tu aku baca blog dia,. mula2 baca random mengikut tajuk yg best.. malam pertama aku baca tu sampai ke pagi juga la baru tido, pastu sambung untuk hari2 berikutnya sampai la semua entry arwah aku dh baca. Arwah memang cukup pakej la, cantik+bijak+sopan semua lah. xperlu aku huraikan lagi memandangkan dah terlalu banyak yang menceritakan tentang arwah. mungkin mereka lebih mengenali arwah jadi biarlah mereka berbicara. Tapi pada aku yang langsung xmengenali who is Yasmin, aku pun setuju apa yang blogger2 lain tulis tentang arwah. Mama arwah beruntung punya anak mcm arwah. Tapi benda yang bagus Allah xpinjamkan lama2. Macam kehidupan kita juga, kalu kita nak bagi org pinjam barang yang paling cantik+bagus, sure kita bagi dia pinjam sekejap je kan. xleh lama2. Macam tu jugak lah arwah, Allah pinjam kan dia untuk mama papa dia xlama, 17tahun sebab Allah lebih sayangkan dia. Apa yang aku dapat katakan, mama arwah tabah orangnya, sebab apa? sebab mama arwah sampai sekarang ikhlas mendengar org berbicara tentang anak dia. Kebanyakan orang yang hilang ahli keluarga selalunya xkan bercakap dah tentang apa yg terjadi semua tuh, sebab nanti mereka sedih sebab teringat. Tapi tengoklah kuatnyaa mama arwah kan..

Seriously, mula2 aku fikir jugak wajarkah mama arwah continue blog arwah? pentingkah kewujudan page territory Yasmin kt fb tu?. mula2 aku rasa xperlu sebab arwah dah xde. (haa,,tu nk hentam aku la tuh aku ckp cmtuh).. Pastu aku terfikir kalau xda blog arwah n page tuh aku takkan kenal si Yasmin nih. Blog n page tu pun bukan saja nk mengingati arwah Yasmin, tapi dapat beri kita iktibar untuk yang membaca. Contohnya, ketika dan selepas mengetahui tentang arwah, (bagi contoh aku senang sket kan, sbb lain org lain rasanya), surely the 1st time came in my mind is ajal maut rahsia Allah. Aku xtahu bila ajal aku. Takut juga sebab bekalan aku memang xckup lagi nak bawak ke alam sana. So, aku kena prepare, semua orang kena prepare. Ajal datang bila2 masa xcepat xlambat.. Jangan ditanya bila kita akan mati sebab itu dah pasti, tapi fikir dalam keadaan mcm mana Allah nk jemput kita nnt. Be prepared!!!
Kemudian, aku search tentang malam pertama di alam kubur. aku search juga tentang macam2 arhh aku search, cuma dengan perasaan ingin tahu.. Ilmu kan?? ilmu perlu dicari, dia xkan datang sendiri..
Even ramai orang dah tahu, aku nak bagitahu jugak supaya setiap malam amalkn baca surah AL-MULK..
insyaallah terlepas seksa kubur, dlu ustazah aku suruh hafal sebab nnt diambil kira dalam markah exam. Jadi setiap pagi n sebelum tidur mmg bertungkus lumus la hafal. Lepas hafal kat ustazah terus tinggal, kiranya dah tak menjadi amalan *besa la budak2 lagi time tuh, wat sebab exam*. Then,of course la dah lupa. Sekarang baru terasa ruginyaaaaaa dlu dah hafal tapi biar mcm tu ja. Sekarang dah xingat, kalu nak baca kena la buka al-quran semula cr surah al-mulk.
So, nampak tak relevannya kewujudan blog n page arwah tu? bagi aku ia relevan sebab dapat tarik kita untuk jadi yang lebih baik.. kalau x jadi pun, cukup sekadar ia dapat membuatkan kita terfikir untuk menjadi lebih baik.
I pray for Yasmin and i know she more happiest over there now. Hope family arwah pun lebih tabah hari demi hari.
 #also pray for my sis's fren yang juga meninggal dalam kemalangan awal september lalu, arwah accident bersama my sis but Allah knows we still need my sis. Syukur my sis dh sembuh dr accident tu.#

Remember : ALLAH TAK AKAN DUGA HAMBA2 NYA DI LUAR KEMAMPUAN KITA. ALLAH KNOWS THE BEST.

Wassalam.


Tuesday 1 January 2013

~Tahun Baru Perlu Azam Baru?~


Assalamualaikum n salam sejahtera...

WELCOME 2013
Selamat Tahun Baru Semua.. Malam tahun baru aku kt rumah ja taw,, pom pang pom pang bunga api aku dengar, cepat2 tengok kt tingkap bilik aku. Nampak la bunga api.. yeahh... itu jaa.. hambar kan?? tengok ikot tingkap jah, tu nasib baik la nmpk,,hhahaha,, xdak makna aku nak pi sambut semua tuh. Aku bukan rajin sangat nk keluar2 nih, cewahh... Malam tahun baru aku kat bilik layan FB.. tengok status semua pasal azam baru la kan kebanyakan nya. Azam itu ini pom pang pom pang azam bukan main lagi.. Jeles aku sebenarnya nih, bukannya apa, sebab aku ni jenis yang x berazam mengikut tahun. Itu yang jeles lebih tuh. Aku punya style berazam tuh xikot tahun, kalu aku wt 1 azam tuh, selagi xtercapai azam tuh, aku x wat la azam yg laen. Itu yang tengah2 tahun baru nk wat azam baru. Okeh la kan cmtu pun kan? Pada aku xperlu tunggu tahun baru baru nak berazam2 bagai, hari2 pun boleh berazam untuk jd yang terbaek kan.. Pastu aku rasa kan, tahun baru kita masa 1Muharam dulu tu yg tahun baru. Bukannya 1Januari..Bukan 1Januari nak baca doa awal tahun, kita baca doa awal tahun masa malam 1Muharam tuh.. Tapi xpelah yang pasti tahun baru nih masing2 akan jadi manusia yang lebih baikkk...Segala kesilapan atau kekhilafan yang kita buat pada 2012 dulu kita lupa.. Jangan pandang belakang kan orang selalu cakap.. Tapi pada aku kadang2 kita kena toleh kejap belakang, kejappp je taw..supaya kita leh tengok balik apa silap kita dulu, pastu kita cuba perbaiki dari ke hari.. Kalu xpandang langsung, aku takut nnt kita lupa pastu akan wat lagi kesilapan yang sama.. Okeh, mari menjadi manusia yang baik. aku doakan semua jadi yang terbaik taw. pastu doakan la aku sekali..hehhehe..

Wassalam