search

Wednesday 30 January 2013

~Kisah Dia~


        Orang cakap,  kawan ketawa  mudah dicari, kawan menangis sukar didapati. Selama empat tahun aku belajar di sebuah kolej swasta di ibu kota, pelbagai ragam manusia dapat aku jumpa. Oh yaa, namaku Intan Sakinah. Mengambil jurusan Art and Design.  Kini aku bekerja di sebuah butik milik mak cik aku. Dulunya aku punya kawan karib, Balqis namanya. Insan pertama yang aku kenali semenjak mula melangkah kaki ke alam universiti. Dialah yang membuka mataku melihat warna-warni di dalam kehidupan realiti ini. Balqis merupakan rumate aku di kolej. Secantik namanya, seindah akhlaknya. Itu kata hatiku sewaktu di awal perkenalan kami. Bagi pandangan mataku, Balqis sempurna. Punya rupa paras yang ayu, punya akal yang bijaksana, punya keluarga yang kaya, dan punya segala benda yang aku tidak punya. Kadang kala perasaan iri menyelubungi hati dan jiwa raga ku. Tertanya pada diri sendiri mengapa aku tidak dilahirkan dalam kehidupan seperti Balqis. Bagai langit dengan bumi jika diriku dibandingkan dengan dirinya. Aku hanya anak penoreh getah. Ibu dan ayah bekerja siang malam hanya ingin membesarkan aku dan 6 orang adik. Lain pula dengan  Balqis, daddynya seorang usahawan berjaya manakala mamanya seorang peguam. Kata Balqis, dia anak tunggal dalam keluarga. ‘Tentu kehendak Balqis dipenuhi.’ Bisik hatiku suatu ketika dulu. Namun, kata orang, jangan sesekali membuat sebarang andaian. Don’t judge a book by it’s cover.
_________________________________________________________________________________
     “Hai, selamat pagi. Awak mesti rumate kite kan? Dah lame sampai?.” Soalku pertama kalinya aku sampai ke bilik K322. Kelihatan seorang gadis chinese look tengah mengemas almari pakaian.
“Eh, hai. Assalamualaikum. A’aa, saya baru 30minit sampai sini. By the way nama saya Balqis Ainina. Just called me Balqis.” Jawab gadis itu sambil menghulurkan salam perkenalan.
“Wassalam, maaflah kite ingat awak ni cina td, tu tak bagi salam tu. Nama kite Intan Sakinah. Awak panggil kite Kinah je.” Aku menyambut salam gadis itu sambil tersengih-sengih.
“Ohh, its okay. Memang ramai yang cakap saya ni cina. Tapi saya pure melayu la. Im from KL. Course business study. And you?”
“Owhh, kite dari Pahang. Ambil art and design. Tak same kos la kita eaa.”
Bermula dari detik perkenalan itu, hubungan aku dan Balqis semakin lama semakin akrab. Walaupun berbeza kos, kami sentiasa meluangkan masa bersama. Balqis aku anggap seperti kakak aku sendiri kerana aku tidak punya kakak. Dia sering menjaga aku seperti adiknya. Lagipun dia anak tunggal. Namun, kulihat Balqis tidak punya ramai kawan. Tidak ramai yang suka mendampingi dirinya. Balqis lebih suka bersendirian. Hanya Anis, rakan sekelas Balqis yang kadang kala mendampinginya. Tidak seperti diriku. Gadis yang diberi nama Intan Sakinah ini seorang gadis yang ramah tamah, happy go-lucky dan mudah berkawan dengan siapa saja.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Perangai Balqis semakin berubah. Dia rajin keluar malam. Tidak seperti dulu yang mana malamnya dihabiskan di perpustakaan. Aku heran dengan perubahan tersebut. Sesuatu yang aneh bagiku. Pelbagai persoalan yang bermain difikiranku. Namun, aku pendamkan saja. Padaku, dirinya berubah semenjak kemunculan seorang lelaki bernama Adib. Balqis pernah bercerita mengenai Adib kepadaku. Katanya, Adib anak kepada kawan daddynya. Seorang lelaki yang baru sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat belajar di Mesir. 
_________________________________________________________________________________

......to be continue.......

No comments:

Post a Comment