search

Friday 23 September 2011

~Dialog Cinta Fizi n Mia~




Fizi(K) : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. 

(Ki)Mia: Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Fizi(K) : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
(Ki)Mia: Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Fizi(K) : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
(Ki)Mia : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
 Fizi(K) : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
(Ki)Mia : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Fizi(K) : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
(Ki)Mia : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Fizi(K): Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

(Ki)Mia: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Fizi(K): Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
(Ki)Mia: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Fizi(K): Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
(Ki)Mia: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?
Fizi(K): Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
(Ki)Mia: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Fizi(K): Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
(Ki)Mia: Tapi, imanku adalah infiniti!
Fizi(K): Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6×10^23
(Ki)Mia: Huhhh!!Kau jangan membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Fizi(K): Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
(Ki)Mia: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
"Biarkan aku sendirian… … .. ”



No comments:

Post a Comment