search

Friday 19 August 2011

~Begitukah Takdirnya~ ::part 3::

14 Julai 2005. Tarikh keramat yang ingin sekali aku hapuskan dalam ingatanku. Pada malam itu, aku pulang ke kampung. Jika dulu aku pulang bertanya khabar ayah dan adik, malam itu lain tujuanku. Aku seperti orang yang tidak tentu arah. Mungkin bagi mata yang memandang, aku penagih dadah ketika itu. Iya, aku pulang untuk  meminta duit dari ayah. Dimana duit aku yang beribu-ribu dulu?. Semuanya telah habis aku gunakan untuk membeli benda haram itu. Aku tidak lagi menjadi orang kepercayaan Awie. Hidup aku melarat. Aku  menjadi buruan along kerana gagal membayar balik wang mereka yang aku pinjam. Malam itu, kepulangan aku disambut baik oleh ayah dan adik. Ternyata mereka sangat gembira melihat aku pulang, tetapi tidak bagi aku.
“Ayah, aku nak duit.” Mintaku seperti anak yang tidak pernah mendapat didikan agama.
“Abang! Kenapa dengan abang nieh? Kenapa cakap macam tu dengan ayah?”.adik menyampuk.
“Ahhhhh!! Kau diamlah. Aku tak cakap dengan kau lah. Aku cakap dengan ayah!”
“Ayahkan dah lama berhenti jadi pemandu teksi. Mana la ayah ada duit. Abang tahu kan.”     Adik masih lagi membidas percakapannya. Aku lihat ayah kaku tanpa kata di sebelah adik. Mungkin menyesali kerana punya anak derhaka seperti aku.
“Kan aku kata aku tak cakap dengan kau!”. Sejurus dengan itu, satu tamparan padu hinggap ke muka adik. Adik menangis teresak-esak. Melihat situasi tegang itu, ayah mula bersuara.
“Azlan, ayah tak ada duit nak. Kalau ada tentu ayah bagi.” Hanya itu yang mampu ayah ungkapkan. Ayah hairan dengan perilaku aku yang tidak pernah-pernah meminta wang ayah semenjak aku punya pekerjaan sendiri.
“Arggghhh, ayah jangan tipulah. Duit yang aku kirimkan dulu tu mana?.
“Duit tu ayah gunakan untuk bayar yuran pengajian adik kau nak.” Kata ayah, dia tidak pernah menggunakan wang kiriman aku itu untuk kegunaan peribadinya. Semuanya dia gunakan untuk pengajian dan keperluan adik.
Bagai dirasuk setan, aku menggeledah semua rumah, tetapi dihalang oleh ayah dan adik. Entah bagaimana aku mencapai pisau yang berada diatas meja ketika itu, terus menusuk objek yang menghalang tindakanku. Tanpa kusangka, objek itu adalah ayah! Ayah yang amat berjasa dan menjaga aku selama ini. Kulihat adik menjerit ketakutan melihat kejadian itu. Begitu juga aku. Aku  takut melihat badan ayah berlumuran darah, dan tubuh tua itu kaku. Kaku sepertimana arwah ibu kaku suatu ketika dulu. Serta merta aku teringatkan pesanan ibu. ‘Abang, belajar rajin-rajin ya, nak. Nanti dah besar kerja elok-elok, boleh tolong jagakan ayah dan adik. ingat pesan ibu nih, walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali kita lupakan Allah s.w.t.’.                  Seperti tersedar dari pukau, aku menangis teresak-esak. Apa yang aku buat? Aku rangkul tubuh itu dalam pelukanku. Tika itu, adik berlari keluar. Berulang kali aku goncang tubuh itu pinta bangun. Ayah!!!Bangunn!!!!!! Namun hampa. Ayah memang dah tak ada lagi. Jika dulu arwah ibu meninggal kerana sakit, kini ayah meninggal kerana aku. Anak harapannya ini adalah pembunuhnya! Selepas hampir 15minit, adik pulang bersama anggota polis. Aku redha. Sesungguhnya aku bersalah.

‘Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Azlan atas tuduhan membunuh ayahnya’
Kenyataan hakim itu kuterima dengan tenang. Melihat adik di sebelah, hatiku sayu. Kini adik tiada siapa-siapa lagi. Ayah dan ibu telah pergi. Aku sebagai abang yang patut menjaga adik, kini hanya mampu melihat adik dari jauh dan mendoakan kesejahteraan adik. Aku juga akan pergi menyusul ayah dan ibu tidak lama lagi. Moga adik tidak tersalah langkah seperti aku.
Kini aku di penjara, terkurung terhukum. Hanya bertemankan sepi menanti tarikh itu tiba. Tarikh aku ke tali gantung. Ini merupakan minggu terakhir untuk aku melihat dunia yang begitu banyak pancaroba ini. Siang malam aku bermunajat pada yang Esa agar memaafkan semua kesalahan aku. Aku betul-betul insaf. Mungkin inilah takdir hidup aku. Moga hukuman aku Disana diringankan. Moga aku ditempatkan di tempat orang-orang beriman seperti ayah dan ibu.

No comments:

Post a Comment