search

Friday 19 August 2011

~Dunia Pembalasan~

“Tap…tap…tap… tapak kaki manusia-manusia itu sudah pergi tinggalkan aku sendirian. 
Hoi manusia!!!! Korang tinggalkan aku dekat mana ni haa??? Bawa aku pulang! Hishh, sial betul. Aku di mana ni? Macam tempat tak diiktiraf saja. Low class! Berani betul korang tinggalkan aku dekat sini. Aku nak balik rumah aku yang mewah tu la. Luas ! tak macam tempat ni. Sempit!! Busuk pulak tu!! Kiri kanan atas bawah semuanya tanah. Ingat aku cacing ke nak hidup kat tempat yang macam ni??!!
Mak!! Ayah!! Kawan-kawan!! Tolongggg!!! Tolonggg!!!........ Hoii..Hoii, aku panggil mak ayah aku lah, korang pulak yang datang ni kenapa? Korang ni siapa? Dah la hodoh! Busuk pulak tu..  Syuhhhhh….jangan nak dekat dengan aku, aku tak sudi! Tolonggggg… toooo…..
Hei, manusia! Jangan kamu menghina kami. Kami mungkar dan nangkir. Kami datang ingin menyoalmu. Adakah kamu sudah bersedia wahai manusia??
Haa?? Siapa kau? Aku tidak pernah kenal orang seperti kau sebelum ini.  Nak soal aku? Ciss!! Siapa korang nak soal aku?? Sudah!! Soal cepat supaya aku boleh keluar dari tempat jijik ini. Haa, soalan apa yang mahu ditanya?? Matematik?? Fizik?? Kimia?? Tanya je…aku dah dapat 4flat dalam exam aku.
Wahai manusia. Siapa Tuhanmu?
Tuhan? Maksud kau wang ringgit? Atau nafsu?
Ciss!!!celaka kau wahai manusia..Bulpp..dushhhhh….
Adoiiiii……kau pukul aku dengan besi panas tu?? Sakitt laaaahhhh… dekat sekolah dulu pun aku tidak pernah dirotan tau…ahhhhhhh.
Apa agamamu?
Agama? Apa ya?? Hurmmm,, agama ideology maksud kau??
Celaka kau wahai anak Adam… Nahh,,rasakannn..!!!!!!!!
Ahhhh…..aku rasa kau salah orang ni. Aku bukan anak Adam. Ayah aku  Dato Mazlan.. tolong jangan pukul aku lagi..!!!!!!
Apa ikutanmu?                                 
Haa.,,,ini aku tahu.. tentunya ikutan barat. Sudah berpuluh tahun aku tinggal di negara barat.
Ciss!!!!!!bulppp!!!dummmm!!!
AAAhhhhhhhhhh…..aku bercakap benar….Jangan pukul aku !!!!! sakitttttttt!!!!!
Wahai manusia. Siapa penghulu kamu?
Errrr,,,perdana menteri…..Arggghhhhhhhhhhhh…………
Dimana arah kiblatmu?
Kiblat?? Timur mungkin…ataupuu ba…..
Bulpp,,celakalah kau wahai manusia…..
Adoiiiiiiihhhh….Hoii..sudahlah tu! Korang nak apa sebenarnya ni haa?? Sesuka hati korang pukul aku..apa dosa aku?? Aku orang kaya lah. Aku anak dato;, anak datin..  aku boleh bagi apa saja yang korang mahukan. Tapi tolong keluarkan aku dari sini.
Wahai anak adam. Kamu tidak boleh keluar dari sini. Ini tempat tinggal kamu sekarang. Kesakitan kamu ini baru permulaan. Kami akan datang lagi nanti. Bersedialah kamu wahai manusia.
Tunggu!!! Aku inginkan penjelasan…tungguuuu……. Ciss!! Siapa makhluk tadi?? Sudahlah hodoh. Berani pula melakukan aku seperti binatang..  Ini bukan tempat aku. Gelap gelita!! Macam mana aku nak lepaskan diri dari sini. Pintu, tingkap semua tak ada. Aku tidak tahan lagi tinggal dalam tanah bersama cacing-cacing ni..apa jenis tanah la yang busuk sangat ni….EHHHH….ehhhh,, apahal pulak ni…Oi tanah!! Kenapa kau himpit aku nih..sakitnyaaaaaaa. Tulang aku dah patah riuk… tolong tanah…aku tak hina kau lagii….tolong…Arrggghhhh,,susahnya nak bergerakk… Apa aku aku mahu lakukan ni? Tanahhhh…..aku merayu pada kau,, jangan himpit aku lagi!! Semua tulang aku dah patah kau kerjakan… Tapi kenapa aku masih bernyawa??? Pelikkk!!! Aku bermimipikah????
Ohhh…..baru aku teringat. Mungkin inilah tempat yang ustaz ceritakan dulu. Alam barzarh ataupun alam kekal dimana setiap yang hidup akan menerima balasan di atas setiap perlakuannya di muka bumi sepanjang hayatnya. Kebaikan atau keburukan yang dilakukan, walau sebesar zarah sekalipun aku ditimbang dengan Al-Mizan.  Adakah aku sudah kembali ke situ?? Tidak mungkin.. aku masih muda. Masih banyak perkara yang belum kucapai di dunia sana.
Yaa…..Yaaaaaa….YaAllahh..YaAllahh.. Sudah lama aku tidak menyebut perkataan itu. YaAllah, aku mohon pada-Mu, kembalikanlah aku ke dunia seperti sebelumnya. Berilah aku peluang  YaAllah. Aku janji akan menurut segala perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Arrggghhh………………….apa pula nieh!!! Ular apakah itu? Besar sangat! Belum pernah aku jumpa di dunia sana…… arghhhh! Ular, kenapa kau belit aku nieh?? Sakittt………………….
Ini balasan kerana kamu seorang yang pembelot. Cakapnya sentiasa berbohong, janjinya sering dimungkiri!
Adoiiiiiiiiiiiiii ……… banyaknya kala jengking….. mereka sengat aku!! Sakittttt teramatttt!! Apa dosa aku??
Kamu tidak sembahyang!!! Tahukah kamu bahawa solat itu tiang agama?
Ahhhhhhhhhhhhhhhh!!! Panas-panassssssss…. Kepala aku terasa sangat panas dan pedihhhh….kenapa tempat ini semakin menyiksa aku??
Ini kerana kamu tidak pernah bertudung. Tidak pernah menutup aurat. Berbangga akan rambut kamu yang keperang-perangan itu.
Wahai manusia! Apakah kebaikan yang kamu lakukan sepanjang hayat kamu?
Banyakk………………….. aku selalu menderma berjuta-juta untuk anak-anak yatim. Wajahku terpampang didada akhbar kerana selalu bermurah hati untuk menderma kepada yang memerlukan. Semua orang kenal siapa aku….
Iya! Tapi  hatimu tidak ikhlas. Kamu hanya ingin mendapat perhatian dimata manusia..
Arrggghhhh…sakittttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ampunkannn akuuuuuu!!!!!!!!!!!makkk ayahhhhh…. Tolongggggggggg…….yaallahhhh, tolongggglaaa akuuu……
Dan manusia tadi akan diseksa dan terus diseksa sehingga tibanya hari khiamat. Manusia itu tidak pernah melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah sepanjang hidupnya. Itulah serba sedikit gambaran manusia yang mendapat pembalasan dari Allah. Ingatlah!! Meninggalnya seorang anak adam itu dari dunia ini, dibawanya bersama 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang berguna dan doa anak soleh dan solehah.

No comments:

Post a Comment