search

Wednesday 17 August 2011

~Siapa Aku~

Siapa aku?
Aku hanya manusia biasa yang menumpang hidup dimuka bumi ini. Seorang hamba Allah yang masih kabur akan tujuan hidupnya. Masih tercari-cari apa yang ingin dicapai buat masa depan kelak. Aku bukan seperti bayi yang baru dilahirkan, kerana seorang bayi itu sudah semestinya putih suci. Ibubapa lah yang akan mencoraknya mengikut acuan mereka sendiri. Jika lurus acuannya, luruslah bentuknya. Jika bengkok acuannya, maka bengkok jugalah bentuknya. Aku? Ya , aku sudah punya acuanku sendiri. Juga dipenuhi pelbagai warna kehipudan.  Alhamdulillah, ibubapaku mendidik aku bagai menatang minyak yang penuh sepanjang hidup aku. Sehingga sekarang pun aku masih dibentuk dan terus dibentuk bagi mencapai bentuk yang sempurna. Mungkin terkadang terasa seperti  bosan dengan warna kehidupanku. Namun, aku pasti itulah yang terbaik. Ya! Aku yakin itu.
Siapa aku??
Seperti yang aku katakan tadi, aku bukan bayi yang baru dilahirkan. Bukan jua seorang warga emas yang sudah berdekad mengharungi ranjau kehidupan ini. Aku hanyalah seorang hamba  Allah yang baru menikmati hidup selama 21 tahun. Banyak perkara belum kucapai diusia sebegini. Masih banyak yang harus kupelajari tentang selok-belok kehidupan. Kerana aku tahu, kehidupan itu penuh onak dan cabaran. Jika aku mampu merentasi duri-duri kehidupan itu, maka berjayalah aku. Begitu juga sebaliknya. Namun, harus aku ingat, semua yang berlaku tentunya dengan izin Allah s.w.t. dan Dia tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.
Siapa aku??
Siapalah aku untuk menilai diri ini. Baikkah aku? Jahatkah aku? Tidak adil rasanya untuk aku menilai diri sendiri. Jika aku katakan diri ini baik, maka tipulah aku. Mana mungkin sepanjang hayat ini tidak sedikitpun aku melakukan kejahatan. Jika hendak dikatakan jahat, maka kasihanilah diri ini. Andai diri sendiri memandang negatif, sudah tentu anda jua memandang diri ini negatif, bukan? Jadi, pada aku, aku menjadikan diri ini sentiasa positif dan lebih baik dari hari ke hari. Dan seperti yang aku katakan di awal tadi, aku hanya manusia biasa. Sudah tentu aku tidak terlepas dari melakukan salah dan dosa. Kata orang, jika kita ingin mengenali hati budi seseorang itu, lihatlah siapa kawannya. Jika kita berkawan dengan seorang yang menjual minyak wangi, maka wangian tersebut akan melekat pada kita. Jika kita berkawan dengan penjual ikan, sudah tentu hanyir ikan tutut tempias mengena kita. Betulkah?? Mungkin ada logiknya, tapi pada aku semuanya berpokok pangkal pada hati kita sendiri. Tidak kisahlah dengan siapa pun kita berkawan, janji kita sedar siapa diri kita. Pasti kita tidak akan tersasar. Ikut resmi ikan. Walau bertahun-tahun tinggal di laut, bila ditangkap untuk dimasak, masih perlu letakkan garam. Bukankah air laut itu masin? Kenapa perlu diletakkan garam? Ini kerana ikan tidak lupa diri, dia tahu asal usulnya. Jadi, pada aku. Jadilah diri sendiri……

No comments:

Post a Comment