search

Wednesday 17 August 2011

~Ramadhan~

Ketibaannya dinanti pemergiannya ditangisi,
Itulah Ramadhan yang mengujungi umati,
Saban tahun ia dirai,
Ditempuhi dengan sepenuh hati.

Namun,
Tidak semua manusia menyedari,
Hakikat rahmat Ramadhan ini,
Masih ada yang mengabaikannya,
Tanpa kekesalan yang nyata,
Kononya banyak halangan dunia.
                                                  
Sedarkah mereka,
Ramadhan ini bulan mulia?
Tahukah mereka,
Ramadhan ini penuh pahala?
Yakinkah mereka,
Ramadhan seterusnya akan tiba?
Adakah mereka fikir,
Andai ini Ramadhan terakhir?

Andai ini Ramadhan terakhir,
Tentu siangnya dipenuhi sedekah jariah,
Segala ibadat hanya kerana Allah,
Bukan untuk duniawi semata,
Bukan untuk mencipta nama.

Andai ini Ramadhan terakhir,
Tentu lidah sentiasa basah,
Basah mengalun zikir zikrullah,
Bukan dengan mengumpat mengata,
Bukan dengan cacian nista.

Andai ini Ramadhan terakhir,
Tentu malamnya penuh cahaya,
Cahaya janjian Allah buat manusia,
Manusia yang bangun dari tidurnya,
Untuk bermunajat kepada Yang Esa,
Dengan seikhlas-ikhlasnya,
Mengharap pengampunan Allah semata,
Tanpa riak dihati mereka.

Marhaban Ya Ramadhan
Telah sampaikan pada sucinya bulan
Dimana segala amal dilipat gandakan
Dan Asma-Mu dikumandangkan    



No comments:

Post a Comment