search

Friday 26 August 2011

~Mengapa Bersedih~

“Sedihnya aku….masih tak de couple,” hatimu mengeluh sayu mengenangkan nasib malangmu. Mereka bercerita lagi tentang pasangan mereka masing-masing. Teman-temanmu itu membuatkan kau rimas dengan pertanyaan bila pula engkau akan jadi seperti mereka. Tiba-tiba hatimu menjadi panas. Maraknya seperti api yang disimbah dengan minyak. Tidak patut mereka mengatakan yang kau perempuan tak laku!!! “Mengapa jadi begini?” Kau pun keliru. “Mengapa dengan aku? Buruk sangatkah aku? Tidak menarik langsungkah perwatakkanku? Mengapa hatiku tidak diketuk oleh seorang lelaki pun?” Dikau sedih, dikau kecewa, dikau terus terpinggir, dikau terus tenggelam oleh rasa rendah diri…kau terus meraih simpati. Kau berusaha untuk mencari cinta suci, kau berjuang seorang diri.
Sahabatku…mengapa bersedih? Bukan kau seorang saja yang merasa begitu, malahan ramai lagi mereka yang senasib denganmu. Tentu sudah jenuh engkau mengukur diri, di mana kekurangan dan kelemahan. Mengapa tiada seorang jejaka pun yang ingin mencuri hatimu. Bertenang sahabatku….bertenanglah….. cuba kau duduk seorang diri dan renungilah kata-kata ini……
Sahabatku….Siapa yang kata engkau tidak cantik? Siapa yang kata engkau tidak menarik? Siapa yang berani mengatakan engkau tidak laku?? Sejauh mana mereka dapat menilai harga dirimu????? Sahabatku….sudah puas engkau berlari untuk mendapatkan cinta suci itu…Sudah dalam engkau selami lautan untuk mencari mutiara harga cintamu. Sudah lama engkau menunggu mereka yang sudi menerimamu. Mungkin juga sudah berulangkali kau menawarkan diri untuk mengisi jantung si  buah hatimu. Sudahlah…….sudahlah sahabatku….cukuplahhh….beristigfarlah… Cuba fikir kembali apa tujuannya semua yang kau hajati ini. Untuk membuktikan kepada teman-temanmu? Untuk memenuhi nafsumu? Untuk berfoya-foya menghabiskan usia remajamu? Sedarlah bahawa Allah sedang menyelamatkanmu sahabat. Menyelamatkanmu dari lembah kehinaan-Nya. Dia mahu engkau mencari cinta-Nya dahulu dan selamanya. Cuba kau lihat insan lain yang hatinya sudah terpaut dengan cinta manusia yang tidak halal baginya. Sejauh mana mereka mampu mencari cinta tuhannya pula? Kuatkah imanmu untuk menjalinkan hubungan yang tidak pasti dengan lelaki-lelaki yang penuh muslihat itu? Sedangkan yang lain ramai yang sudah tersungkur…kononya bercinta kerana Illahi tetapi cinta yang suci itu telah dinodai dengan maksiat mata dan hati.
Sebenarnya sahabatku, harga dirimu sangat tinggi. Sekiranya engkau terus menjaga diri, sesuai dengan syariat agama ini, Auratmu dihijad dengan sempurna, Kau rela bersabar membiarkan nafsumu terkurung, Maruahlah yang paling kau pelihara sebagai seorang mukminah sejati, Kau tidak pernah memberi peluang  kepada lelaki untuk merendah-rendahkan harga dirimu,…ketika itulah harga dirimu akan melambung tinggi kerana kau hanya dinilai oleh lelaki-lelaki yang benar-benar mengerti nilai harga diri seorang perempuan sepertimu.
Yakinlah sahabatku….andai tiba masanya akan Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidupmu nanti…. Sebagai seorang suami yang benar-benar menyayangimu, yang benar-benar akan melindungimu, yang benar-benar akan memimpinmu kearah kehidupan yang lebih diberkati kerana cinta itulah cinta kerana Illahi. Jodoh itu merupakan ketentuan Illahi. Jangan kau bimbang..  Percaya sajalah pada janji Allah yang amat pasti.
"wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" (surah An-nur : 26) 

1 comment:

  1. soal hati dan perasaan sangat kompleks. hanya diri kita yang boleh merasakannya.. Allah tahu apa yg terbaik untuk hamba-Nya.. just go with the flow :)

    ReplyDelete